Che Lah Masterchef Malaysia Musim 2

Masterchef Malaysia rancangan yang mendapat sambutan ramai sudah masuk ke musim ke 2, siapa yang layak ke peringkat seterusnya, 24 orang peserta yang dipilih nanti. Semalam saya sempat menonton 10 orang peserta yang dipilih antaranya Dean, Che Lah, Shahida, Ah Hong dan Atiqah, 5 lagi saya tak ingat nama mereka.

Kebanyakan perserta yang layak mempunyai latar belakang yang hebat hebat juga, ada doktor, penasihat kewangan, pengusaha homestay, bekas peramugari dan sebagainya.

Selain tu, mungkinkah musim kedua Masterchef Malaysia ini akan lebih banyak drama dan lebih banyak kekecohan berbanding musim yang pertama. Dalam sesi pemilihan peserta ke top 24 ni. Bukan apa sudah nampak peserta yang pelbagai personaliti dan bermacam gaya dan ragam, ada yang menarik perhatian, ada pelbagai kisah tak kurang juga bermulut kepoh.

Best jugak kalau ada unsur unsur drama, kecoh kecoh sikit boleh lah menambahkan keceriaan dalam rancangan masak ni. Bayangkan kalau semua peserta serius memanjang, muka tak ceria langsung, tak petah berkata-kata, mesti rancangan ni suram aje..

Tengok masa Masterchef selebriti ada Angah Raja Lawak, Azwan Ali, mula mula meluat tapi dah lama lama macam best pulak kat Azwan Ali tu..hehehe, sampai Chef Zubir yang serius tu pun tergelak keluaq ayaq mata tak dapat tahan gelagat artis 2 ni.

Jika disuntik unsur drama dan keceriaan , usik mengusik di kalangan peserta barulah syok.

Che Lah perserta dari Johor menarik perhatian

Antara peserta yang saya rasa menarik perhatian dan menjadi topik bualan orang ramai di facebook dan juga twitter ialah peserta bernama Che Lah, (Kasilah Paeng) dari Johor. Umur dia kalau tak silap 40. Pekerjaan beliau kalau seingat saya lah pensihat kecantikan kot..sebab tu Che Lah nampak bergaya je, dengan kasut tumit tinggi, maskara dan make up.

Profil Che Lah

Che’ Lah yang selalu bergaya. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik dan anggun.

Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang.

Dia seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya.

Che Lah yakin dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.

Masa ujibakat pun..Che Lah dah mulai menarik perhatian apabila dia mengeluarkan ayat berbunyi

“i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau”

heheh..memang tak boleh blah ayat ni kan..hingga mengundang pelbagai komen negatif  dan juga kritikan tapi ada juga orang yang suka gaya Che Lah:)

bagi saya, saya suka lah Che Lah ni.. bila Che Lah dapat masuk top24 semalam..oh dia dapat masuk ye. Salah seorang calon ujibakat lain yang  nama Arnee pun boleh tahan mulut kepohnya, tak boleh masuk, tak tau lah kalau ada peluang kedua dia masuk juga. Bertambah kepoh lagi lah Masterchef  Malaysia nanti..kenapa ntah dia nak bakar rambut si Che Lah di dapur..tu dia..

drama drama..

pandai astro letak ayat ayat dan gelagat perserta yang penuh drama

Che Lah masa ujibakat


Che Lah memasak hidangan yang diberi nama  Dendeng Daging Air Mata Dan Udang Masak Lemak Nenas.

Komen2 penonton mengenai Che Lah di facebook yang agak menarik :

-”banyak betul yang anti dengan che lah…
haha… jeles ke menyampah..?
hanya tuhan yang tahu..
hahahaha!!

-Ada yg siap mintak num fon che lah kt aku….
Ternyata strategi che lah mnjadi… Tp dorg mntk num tu nk puji or caci, aku xsure… Hehehe…

-I thinks masterChef Malaysia season 2 nie ramai plak yg over acting or agak ‘gedik’..sure byk drama nie..:-(

-sy nk buktikn kt semua yg pompuan cntik pon pandai masak tau….tahniah che lah sebb berjaya masok top 24….mesti meletop kn masterchef ngn kehadiran che lah
Like ·

-che lah..tolong la…perasan la sangat…cantik ke..please la…kalau bercakap tu jgn berlagak sgt la cik kiah oiiii…ingat ckp mcm tu org suke ke..meluattt

-ramainya kutuk che lah….hehe..cantek ker? hehe

-che lah cakap nak buktikan yg perempuan cantik juga boleh memasak. tapi persoalan saya adalah adakah che lah cantik?

Hidangan peserta yang agak menarik

Ah Hong dengan hidangan Raja Bersiong Mengidam Cili

 

Atiqah  Kuey Teow Lelaut

 

Dr Shahida mee bandung bentong

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Che Lah Masterchef Malaysia Musim 2”

  1. akubiomed says:

    Nampaknya, usim ke 2 Master chef sudah bermula. Akan ada drama baru.:-)

  2. Amirez says:

    Masa sesi ujibakat ari tu lagi che lah dah menarik perhatian saya. Dia nampak selesa dgn kamera. Walaupun agak perasan cantik tp sy anggap itu cuma drama masterchef ni

  3. Juan says:

    saya x kenal pon che lah nih, lepas tgk gambar dia dlm blog ni, apsal muka dia ada mcm pelakon lama tuh. dia pelakon juga ker
    Juan recently posted..Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog

  4. nuriz says:

    saya pun perasan la muka dia macam pelakon apa yang berlakon dalam opah tu..tapi bukan artis..muka seiras je tu

  5. iAwani says:

    Che Lah ada identiti tersendiri, menjadikan MasterChef musim kedua makin menarik untuk di tonton.
    iAwani recently posted..Kerajaan Iran Halang Google

  6. irfa says:

    saya pun minat che Lah
    dia penyeri dlm master.chef2.hehe
    irfa recently posted..Gaji dan Mengaji di Oversea

  7. che leh says:

    paling minat sekali che lah…rasa dia ni betul2 lurus bendul..hihi..

  8. meezunmizi says:

    che lah best…Gedik dia pun, bukan gedik ngada2. Dia sgt tak hipokrit

  9. abu says:

    sy pun suka che lah

  10. irfa says:

    saya suka che lah
    dia nampak macam ‘manja dan gedik ‘sikit tapi saya rasa itu mmg diri dia yg sebenar..hehe

    moga che lah masuk top5
    irfa recently posted..Sakit Gigi?Sapu Minyak Tyt

  11. prince says:

    ape pun aku tetap dengan ilaika….
    aku x nak komen fasal che lah nii… pasaaaiiiii
    …. ilaika adalah poojaaaann hati ku..

  12. Johari says:

    Che Lah i like your style … and hoping you are the one who were win this season. anyway jangan ambil peduli what ever negative comment from those hate or maybe jealous at you .. my advice always do the best. ok

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold