Banduan serang polis ala ala filem aksi tertangkap kembali

Semalam kira kira jam 11.45 pagi banduan yang dibawa dalam kereta polis atas kesalahan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, Kuantan berjaya melarikan diri.

Banduan yang masih bergari tangannya bertindak ala ala filem aksi  hollywood (teringat pada aksi Angelina Jolie) dalam filem Salt dengan menendang kerusi polis dan bertindak agresif hingga kereta polis hilang kawalan dan berlaku kemalangan.

Namun banduan  berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman berdekatan.

laporan dari Bernama:

 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis.

“Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini.

Semalam, tiga anggota polis parah selepas kereta polis yang membawa banduan itu hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan dekat Taman Dato Rashid di sini.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.

Banduan yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan itu dikatakan bertindak agresif dengan menendang kerusi pemandu kereta polis itu menyebabkan ia hilang kawalan. – Bernama

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Banduan serang polis ala ala filem aksi tertangkap kembali”

  1. akubiomed says:

    Memberi kelegaaan kepada penduduk setempat setelah berjaya ditangkap semula.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tercabut

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold