Arab Saudi mahu haramkan You Tube

Arab Saudi memberi amaran mahu mengharamkan You Tube jika pihak Google masih berdegil terus membenarkan video tentang filem hina nabi ditonton di laman berkenaan.

menurut laporan Sinar Harian,

kata kenyataan dipetik agensi berita Saudi, SPA.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Informasi Arab Saudi (CITC) telah mengarahkan syarikat di negara terbabit untuk menyekat filem berkenaan dari Internet dan juga meminta Google menyekat kesemua sambungan YouTube yang membawa kepada filem tersebut,”

“Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, CITC akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyekat seluruh laman sesawang YouTube,” kata SPA yang turut memetik kenyataan syarikat telekom, yang menggesa rakyatnya melaporkan sebarang pautan yang menyediakan akses kepada filem berkenaan.

“CITC menggariskan kepentingan untuk menyambung reaksi yang positif dan patut melaporkan sebarang sambungan elektronik yang membawa kepada agama yang sebetulnya, untuk menghalang daripada menghina Nabi Muhammad dan terhadap negara kita,”

 

Semalam, Arab Saudi mengutuk filem terbabit serta mengecam serangan balas terhadap perkara terbabit.

Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh telah menghalang akses ke YouTube selepas laman itu gagal mengalang filem terbabit yang telah dihasilkan oleh sekumpulan kecil pelampau Kristian di AS.

Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman telah mengarahkan menyekat akses kepada semua laman sesawang yang boleh membawa kepada video terbabit.

Google turut menghalang akses ke laman tersebut di Malaysia, Indonesia, Libya, Mesir dan India.

Menteri Komunikasi Rusia juga memberi amaran akan melakukan perkara yang sama juga.

“Ia seperti bahan jenaka, tetapi oleh kerana video ini… semua akses YouTube boleh disekat di seluruh Rusia,” Menteri Nikolai Nikiforov menulis di Twitter tentang filem anti – Islam terbabit.

“Jika ada sebarang keputusan mahkamah terhadap YouTube yang tidak mengeluarkan video berkenaan, aksesnya menjadi terhad.”

Jurucakap laman sesawang YouTube, yang dimiliki oleh gergasi internet, Google berkata dalam satu kenyataan, mereka telah mula untuk mengurangkan akses klip terbabit yang dibuat secara persendirian berdasarkan garis panduan.

 

sumber : Sinar Harian

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Arab Saudi mahu haramkan You Tube”

  1. akubiomed says:

    Keras amaran kerajaan Arab Saudi ini.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tercabut

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold