Apple Serahkan 8 Produk Samsung Yang Perlu Diharamkan

Apple menyerahkan 8 jenis produk kepunyaan Samsung yang perlu dihalang di pasaran atau dengan kata lain diharamkan di pasaran US termasuk produk Galaxy yang popular.
Minggu lalu mahkamah mengarahkan Samsung membayar pampasan sebanyak USD1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Antara 8 jenis produk yang disenaraikan oleh Apple ialah

Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge danĀ  Galaxy Prevail.
Pada 26 Jun hakim mengharamkan Galaxy Tab 10.1 dari pasaran US selepas mendapati ia mungkin melanggar “paten reka bentuk.” Samsung kini meminta larangan itu ditarik balik selepas juri mendapati komputer tablet itu tidak melanggar paten tertentu, tetapi mendapati ia melanggar tiga perisian Apple yang meliputi ciri ciri “bounce back ” dan pinch-to-zoom features.

Dijadualkan pada 20 September mahkamah akan mendengar dan membincangkan permintaan Apple untuk pengharaman jualan produk Samsung. Samsung pula akan merayu kes itu di mahkamah yang lebih tinggi, termasuk Mahkamah Agung AS.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Apple Serahkan 8 Produk Samsung Yang Perlu Diharamkan”

  1. akubiomed says:

    Sudah tentu pengharaman ini akan memberi kesan kepada penjualan gajet keluaran Samsung.
    akubiomed recently posted..Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold