Antara Yang Menarik Dalam Intipati Bajet 2013

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia. Antara yang menarik dalam intipati laporan Bajet 2013 ialah :

  • Seramai 170,000 individu tidak perlu membayar cukai pendapatan. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Pencen minimum dinaikkan kepada RM820. Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820.

 

  • Pegawai dan anggota ATM akan menerima insentif khas bernilai RM200 setiap bulan bermula Janurai tahun depan.
  • Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000
  • Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

 

  • BR1M 2.0 akan diteruskan dan kriteria meliputi¬† golongan bujang berumur 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, akan menerima bantuan RM250.
  • Rebat RM200¬† pembelian telefon bimbit 3G untuk golongan belia berumur antara 21 – 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
  • Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam. Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500. Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

 

  • Elaun kepada nelayan- sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  • Skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

 

  • Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  • Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
  • Diskaun untuk bayaran PTPTN. Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.
  • Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Diskaun separuh harga bayaran buat pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah
  • Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  • Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  • ¬†Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

 

Tema belanjawan 2013 kali ini ialah : Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Antara Yang Menarik Dalam Intipati Bajet 2013”

  1. aree says:

    Maklumat yang menarik dan penuh infomasi
    aree recently posted..Bajet 2013

  2. Juan says:

    pasal pencen tu bukan ke skrg dah rm1000 minimum?
    Juan recently posted..Janji Ditepati – RM200 Untuk Belian Telefon Pintar

  3. iAwani says:

    saya paling suka part bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam. Best!
    iAwani recently posted..Apple Kedua Di Best Global Brands 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold