Anne Ngasri Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Aliff Aziz

Pelakon Anne Ngasri 28, telah mengesahkan hubungan cintanya dengan Alif Aziz, 21, penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Anne bagaimanapun tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

“Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami,”

Terdahulu  kakak kepada Anne iaitu Darling ?Nasreen Ngasri 29, ada memberitahu media yang Anne dan Aliff sesuai berkawan dan menjadi sahabat saja. Perkenalan Anne dan Aliff masih lagi baru dan tidak ada perbincangan mengenai perkahwinan yang dibuat

“Tidak benar keluarga kami telah berbincang mengenai perkahwinan Anne dan Aliff,”setakat ini.”

“Saya sebagai seorang kakak melihat hubungan mereka lebih sesuai sebagai sahabat dan tidak lebih daripada itu dan adalah lebih baik mereka memberi fokus kepada kerjaya masing-masing. Bagaiamanapun jika ada jodoh diantara mereka itu adalah ketentuan.
“Saya secara dasarnya tidak boleh menghalang atau melarang dan itu sekadar pendapat saya sebagai orang paling dekat dengan Anne,”

setuju lah komen kakak Anne ni, Aliff ala ala remaja lagi , baru 21 kalau jadi sahabat takpelah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anne Ngasri Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Aliff Aziz”

  1. akubiomed says:

    Mungkin sudah tiada jodoh tiada guna diteruskan lagi perhubungan tersebut.
    akubiomed recently posted..Tiket percuma LegoLand Malaysia dari Dutch Lady

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold