Aidil Zafuan Gagal Buktikan Dia Tinggal di USJ Subang Jaya

Berkisar mengenai kes pelakon Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan yang masih lagi berjalan di mahkamah, hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam  membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

laporan lanjut,

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

“Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif,” katanya.

Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.

 

Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah  berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap  Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.

Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita  di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.

Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan  juga adalah alamat di Negeri Sembilan.

“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu,” katanya.

Permohonan hak penjagaan anak  difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

 

sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold