Pelakon Zed Zaidi yang juga memegang jawatan sbg Presiden Seniman bersungut dan secara terang menghentam Astro kerana terlalu banyak menyiarkan rancangan yang ulang tayang atau disebut juga rancangan basi. Bukan baru lagi Astro duk buat kerja macam tu, lama dah…pengguna Astro dah lama merasakan benda ni. Ramai yang bersungut dan komplen tapi pihak Astro buat dono je atau dengan kata lain buat bodo je.
Sebab apa Astro tak ambil peduli komplen dan sungutan orang? sebab diorang tahu walau macam mana pun atau rancangan basi banyak mana yang disumbat… orang akan tetap teruskan guna Astro sebab takda ada rancangan lain dah yang menarik di saluran tv yang sedia ada. Tambahan pula di ceruk pedalaman lagi lah payah nak dapat siaran, tak heran kalau di pedalaman ada atas bumbung rumah piring astro tu.
Lagi satu pihak berkuasa pun tak ada ambil tindakan apa apa kat Astro ni sebab tu diorang makin menindas pengguna dalam diam. Memuatkan rancangan yang dah berapa puluh kali ulang, lepas tu buat saluran baru banyak banyak letak nama nama lain lain , caj harga lain, letak rancangan baru kat situ, rancangan baru pun lepas ni ulang tayang juga.
Kalau orang lambat bayar bil Astro cepat pulak diorang call tanya. Pasal duit cepat pulak ambil tindakan ye.
Kalau Zed Zaidi bersuara memang patutlah dia bersuara dan bersungut, harap harap pasni Zed Zaidi bolehlah gesa pihak yang ada kuasa ajar sikit Astro tu supaya tidak menipu pengguna secara terus menerus.

August 24th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Aku sokong zed zaidi 100 juta kali..!!!
Faktor jumlah produksi keluaran tempatan mungkin boleh dikaitkan ulang tayang siaran.
akubiomed recently posted..Sudah masanya pulang ke sarang
mesti ramai yg suka ngan tindakan dia ni…satu malaysia tau penyakit astro.kalau la ada pilihan kan bes….
APAN recently posted..Khasiat & Kelebihan Bawang Merah