Wajah Terbaru Sharifah Aleya Bertudung

Manis je Sharifah Aleya bertudung. Dj hot fm ini mula memakai tudung sejak 1 Ramadhan yang lalu, dan dia semakin selesa  dengan penampilannya sekarang , tidak berasa kekok langsung.

Kata Aleya di mstar online, dia enggan berkongsi kisah peribadi, cukuplah sekadar orang lain tahu yang dia kini bertudung.

“Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.

“Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik,”

Aleya berharap perubahan ini kekal hingga akhir hayat

Dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.

Aleya gembira sambut Ramadhan dengan keluarga

“Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa. “Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga,”

Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.

“Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan,” selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Wajah Terbaru Sharifah Aleya Bertudung”

  1. akubiomed says:

    Makin ramai artis melakukan hijrah. Tanniah.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Febrile

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold