Ustaz Don Daniyal Dah Kahwin

Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Ustaz Don Daniyal yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Husna Zahry Rafie. Semalam 23 Ogos di laman FB Amin Idris penyampai Tv Al hijrah mengemaskini status dan mengucapkan tahniah buat Ustaz Don Daniyal kerana dah selamat diijabkabulkan di Pulau Pinang.

Majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal tidak diadakan secara besar besaran kerana beliau memilih untuk bersederhana.Isteri Ustaz Don, Husna Zahry, 24 , merupakan pelajar jurusan perubatan tahun kelima di Universiti Kaherah, Mesir dan berasal dari Balik Pulau.

Persandingan Ustaz Don dan Husna akan berlangsung pada 1 September di dewan Kuis.

Kata Ustaz Don, “Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin.”

Ustaz Don bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuiscell) mengakui alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,”

“Bagi saya mana-mana pasangan yang ingin bercinta lama atau sebaliknya itu adalah subjektif, seperti juga nabi kita tidak pernah meletakkan sesuatu sebaliknya nabi telah meletakkan landasan kepada kita.

“Sebagai contohnya bergantung kepada kita untuk gunakan keretapi bagaimana, ekspres atau keretapi wap, jika terbabas atau sebaliknya itu adalah pada diri kita sendiri.

“Ia adalah bergantung atas kecerdikan kita sendiri, itu subjektif, namun kepada pasangan muda apa yang saya boleh nasihatkan ialah sememangnya kita melakukan kesalahan dan begitu juga orang tua, tidak boleh lari masalah.

“Namun kita masih boleh perbaiki diri kita dan tidak berterusan melakukan kesalahan itu, sebagai orang Islam dan mempunyai iman kita perlu perbaiki,

Gambar kahwin Ustaz Don Danial dan Husna

 

 

 

Ustaz Don dan Husna berseri seri dengan persalinan putih. Pasangan ini bertunang pada Mac dan pada Mei lepas barulah gambar pertunangan mereka tersebar di internet.

Tahniah semoga kekal bahagia hingga akhirnya :)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ustaz Don Daniyal Dah Kahwin”

  1. akubiomed says:

    Tanniah kepada Ustaz Don dan Husna. :-)
    akubiomed recently posted..Sudah masanya pulang ke sarang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold