Tak dapat makan aiskrim Baskin Robbins free la huhu..mana mana pun orang asyik sebut aiskrim Baskin Robbins, alahai kempunan
tapi takpelah apa nak buat dah tak da rezeki Dato Lee Chong Wei nak dapat pingat emas. Sebelum ni Baskin Robbins dan pihak media prima berkobalorasi nak bagi aiskrim percuma kalau Lee Chong Wei menangĀ kan, nampaknya tak dapatlah.
Apa apa pun tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kerana berjaya membawa pulang pingat perak, dan pujian tetap patut diberi kepada beliau. Beliau telah mencuba sehabis baik dan hanya kalah tipis pada musuh tradisinya Lin Dan.

Nasib dan rezeki nampaknya lebih kepada Lin dan, kedua dua mereka memang berusaha keras pada set ketiga nak memenangi perlawanan tersebut. Lee Chong wei pun nampak kepenatan dan membuat beberapa kesilapan yang memberi peluang pada lawan untuk menang.

Jika ada yang kecewa tak dapat makan aiskrim free kerana kekalahan Lee Chong wei, beliau apa tah lagi.. kecewa kerana tak dapat membawa pingat emas buat Malaysia hingga membuatkan Lee Chong wei menangis.


Pas ni kena pi cari aiskrim Baskin Robbins la sebab dah teringat-ingat ni hehehehe ..lee chong wei punya pasal…promosi secara tak langsung juga utk Baskin Robbins
August 7th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Masih ada harapan lagi ni…. Belum tamat lagi tawaran dia tapi takpa ar.. Aiskirm biasa pun sedap dah.. Hahaha.
Tahniah Lee Chong Wei!
Abe Mirul recently posted..Kenapa Perempuan Suka Mempermainkan Perasaan Lelaki?
nice entry.
kraf recently posted..Jadikan Blog anda sebagai ‘Copy’ protected(Blogspot)
Tak dapat hendak merasa ais krim kerana saya perlu tempuh perjalanan lebih 1 jam.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Bukan Silap Mata
haritu dia bagi juga baskin robbin percuma di semua cawangan jam 8-10 pm.
beckhr00y recently posted..Pandelela Rinong Pamg Sumbang Pingat Gangsa Olimpik 2012