Siti Saleha Buang 1000 ‘Kawan’ di Facebook

Pelakon Siti Saleha yang popular dengan drama Nora Elena kini mengambil langkah berhati hati dengan membuang lebih 1000 kawan di Facebook ekoran gambar mesranya dengan bekas kekasih Syed Adney adik kepada pelakon Sharifah Sofea tersebar. Begitulah menjadi artis , segala gerak geri , ke mana pergi dengan siapa berkasih, semua peminat nak ambil tahu.

Siti Saleha tidak selesa apabila gambar peribadinya disebarkan oleh pihak tertentu, dipercayai gambar peribadi itu diambil dari facebooknya. Gosip mengatakan Siti Saleha menjalinkan hubungan cintanya kembali dengan Syed Adney diperkatakan jika digoogle memang banyak gambar pelakon Nora Elena itu dengan bekas kekasihnya yang kacak tu.

Kata Siti Saleha gambar itu ialah gambar 3 tahun lepas dan dipercayai disebarkan oleh orang terdekat yang mengambil gambar itu dari FB nya.

kata Siti Saleha di gua.com

“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,”

Siti Saleha tidak ada kekasih buat masa ini

Ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Siti Saleha Buang 1000 ‘Kawan’ di Facebook”

  1. akubiomed says:

    1k disingkir dan berapa pula yang tinggal.
    akubiomed recently posted..Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold