Shila Amzah Akui Tertekan Dengan Kritikan dan Menutup Akaun Twitternya

Pelakon Shila Amzah mengakui akaun twitternya tidak aktif seperti sediakala kerana dia sendiri yang mengambil keputusan untuk menutup akaun twitter kepunyaanya. Ramai peminat pelik kenapa akaun twitter anak Nd Lala ni hilang secara tiba-tiba. Akaun twitternya ditutup kerana Shila tak tahan dengan kritikan dan tuduhan orang ramai yang menuduhnya mempersendakan agama dan imej bertudung. Kritikan dan cemuhan ke atas Shila adalah disebabkan  persembahan sempena Hari Raya Aidilfitri di saluran Astro,

Shila Amzah telah tampil dengan tidak bertudung dalam rancangan hiburan tersebut. Segelintir penonton yang melihat rancangan tersebut terus menuduhnya mempermainkan imej bertudung padahal rancangan hari raya itu dirakamkan awal sebelum Shila Amzah mengambil keputusan untuk bertudung dalam masa bulan Ramadhan yang lepas .

 

“Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

“Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba  menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang,”

Shila Amzah aktifkan kembali akaun twitternya

Tetapi beberapa hari ini Shila Amzah telah kembali mengaktifkan akaun twitternya atas desakan peminat yang terus menyokong beliau.

Shila Amzah sekarang berada di Shanghai China ketika ini untuk pertandingan Asian Wave , yang disertai oleh negara negara Korea dan Jepun.

“Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai.

“Saya teringin nak lihat masjid tertua di dunia yang terletak di sana,

 

Shila Amzah berbuka bersama kekasihnya Sharnaaz  pakai baju macam pengantin baru dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Shila Amzah Akui Tertekan Dengan Kritikan dan Menutup Akaun Twitternya”

  1. akubiomed says:

    Kalau hari membaca tweet kritikan secara tidak langsung akan memberikan kesan psikologi.
    akubiomed recently posted..DIY Proton Gen2 Power Window Regulator

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold