Rumah Aznil Hj Nawawi Dirompak

Akhbar Kosmo melaporkan rumah pengacara terkenal Aznil Hj Nawawi telah dirompak pada hari Rabu sekitar jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut di diami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya

Penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Kejadian rompakan tersebut tidak disedari sesiapa dan dilaporkan Aznil Hj Nawawi sekeluarga menanggung kerugian sebanyak RM30,000

Di twitternya pak nil juga mengesahkan berita tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold