Namewee Buat Hal Lagi Lee Chong Wei dan Malaysia Yang Malu

Perlawanan badminton di sukan Olimpik dah tamat, walaupun Malaysia kalah, kita tetap menerima kekalahan dengan hati terbuka walaupun kecewa. Memang lumrah dalam setiap perlawanan ada kalah dan menang. Apa yang menjadi masalah lagi buat Malaysia adalah sebab ada duri dalam daging yang macam Namewee yang mencari pasal lagi. 

Si Namewee ni buat video khas untuk meluahkan perasaannya kerana kecewa dengan kekalahan Lee Chong Wei tetapi video tu ada kata cacian dan makian hingga membuat kan orang China marah. Alasan dia, video tu tak menjadi salah kerana dia sebagai rakyat dan penonton berhak meluahkan perasaan apabila marah dan kecewa bila pasukan Malaysia kalah dlam OLimpik. Agak-agak lah nak meluahkan perasaan pun, ayat dah lah ada maki hamun macam macam.

Ni melibatkan 2 buah negara, dan Namewee sudah masuk dalam industri filem juga, nama dia orang kenal kerana kontroversi dan banyak mencetuskan kemarahan dengan isu isu panas. Bila dan menghina negara lain itu juga masalah besar , melibatkan maruah negara Malaysia..Lee Chong Wei pun malu dan meminta maaf apabila orang China peminat badminton negara sana dah merasa sakit hati dengan makian Namewee tu.

Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga, nanti disebabkan dia seorang buat hal, habis semua satu negara dicop perangai dan dipandang buruk.

Lirik lagu yang ada unsur unsur makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan setelah Malaysia kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

 

Video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Namewee Buat Hal Lagi Lee Chong Wei dan Malaysia Yang Malu”

  1. nurmisnan says:

    mcm2 ler kau ni namawee.. tak pasal2 Latok Chong Wei mohon maaf
    pd Lin Dan..
    nurmisnan recently posted..Khasiat daun kaduk merawat demam malaria

  2. APAN says:

    x hbs2 lagi dia ni…nak lariskan filem dia la tu ngan kontroversi mcm ni…

    fat lady tu aku sokong. kah3…nak jugak sokong org mcm ni…

    papepun, mmg x patut…
    APAN recently posted..Budak Kurus Dan Budak Gemuk Bergaduh

  3. Zida says:

    memalukan Malaysia je T________T tak pasal2 DLCW yang mintak maaf, pelik la mamat niii adehhhh
    Zida recently posted..An Instrument of God’s Mercy | Jom On Call 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold