Mahkamah Jepun Tolak Dakwaan Apple Bahawa Samsung Curi Idea Mereka

Pihak Samsung telah kalah dengan Apple dalam kes tuntutan yang dibuat oleh pihak Apple yang mendakwa Samsung telah mencuri idea teknologi mereka. Mahkamah di US memerintahkan Samsung perlu membayar saman sebanyak USD 1 billion kepada pihak Apple.

Kemudian ada juga tersebar berita palsu dan gempak yang mengatakan pihak Samsung membuat pembayaran kepada pihak Apple dengan cara membawa trak berisi duit 5 sen. Pening kepala juga kalau betul betul benda ni berlaku.

Perang paten antara pihak Samsung dan Apple masih tak berkesudahan, hari ni berita terbaru lagi mengenai kes antara Apple dan Samsung, pihak mahkamah di Jepun pula memberikan kemenangan kepada Samsung.

 

Pada 31 Ogos, mahkamah Jepun menolak dakwaan Apple yang Samsung telah mencuri idea teknologi atau harta intelek mereka. Mahkamah mendapati bahawa Samsung tidak mencuri cara perpindahan video dan muzik  pada  iPhone dan  iPad untuk diletakkan pada beberapa telefon pintar Galaxy kepunyaan Samsung dan komputer tablet.

Sebelum tu pada 24 Ogos ,mahkamah di Korea Selatan jugak menolak dakwaan Apple yang Samsung meniru idea dari Apple. Pihak Apple juga dihalang produknya di sana kerana didapati Apple menggunakan teknologi wireless seperti Samsung.

Walaupun Samsung telah diberi kemenangan di Jepun tetapi mereka tetap akan berdepan dengan masalah jualan di negara US. Kemenangan Apple di US jauh lebih penting berbanding kemenangan Samsung di Jepun dan Korea kerana pasaran di negara tu tidak sebesar pasaran di US. Pihak Apple sudah tentu mencari jalan untuk menyekat  jualan produk Samsung di pasaran besar US.

 

Sebagai pengguna, kita tentunya nak pilih mana yang berkualiti dan berpatutan, kalau terbukti produk tu bagus, tak denya nak peduli lagi sapa tiru sapa kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Mahkamah Jepun Tolak Dakwaan Apple Bahawa Samsung Curi Idea Mereka”

  1. akubiomed says:

    Perbalahan tidak kesudahan 3 gergasi pengeluar barangan elektronik.
    akubiomed recently posted..Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55

  2. msz says:

    better kita support samsung.,,
    apple dah tentu milik yahudi amerika…

  3. betul2….kalu produk ok..x de sapa peduli sapa tiru sapa…baik beli produk dr bayar harga brand sahaja…huhu
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..1st Giveaways BudakFelda.Com : Blogger Baru Yang Hebat

  4. Juan says:

    bagi saya product apple berkualiti akan tetapi product android lebih menarik. Dari segi wang apple lagi baik kot sebab RM2K yang dibelanja lebih berbaloi kerana ketahanan dan kualiti product.
    Juan recently posted..Tips Soalan Peperiksaan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold