Iklan Raya Bernas 2012 Yang Buat Kita Menangis

Syabas kepada pihak produksi dan juga pengarah iklan raya untuk tahun 2012 yang amat menyentuh hati dan perasaan, saya percaya siapa yang lihat iklan ni pasti akan mengalirkan air matanya, paling kurang bergenang air mata lah jugak. Iklan raya dari Bernas ini diarahkan oleh pengarah Hafiz Ibrahim.

Video yang pendek tetapi berjaya menyentuh hati ni lebih hebat dari filem filem lain yang pernah kita lihat yang kadang kadang berniat nak tunjuk dakwah tetapi ada buka2  aurat dan bersentuh sentuh laki perempuan jugak.

Kisah anak yatim yang kurang upaya Ahmad dan Fizi yang nak pulang beraya di kampung halaman tetapi terpaksa mengharungi pelbagai dugaan akhirnya berjaya juga sampai ke kampung walaupun hanya nak menziarahi kubur..sebab mereka dah tak ada sapa sapa lagi di dunia ni..sedih sangat…

Ahmad dan Fizi ni walaupun oku tapi saling lengkap melengkapi, Fizi jadi macam mulut kepada Ahmad dan Ahmad pulak jadi mata pada Fizi yang hilang penglihatan. Tahniah pada pengarah ni 100x tahniah!

Pengajaran kepada kita semua, selagi ada ibu bapa, sayangilah mereka , hormati mereka dan patuhi kata mereka, pulanglah ziarah mereka andai berada jauh sekalipun.

iklan raya 2012 dari Bernas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Iklan Raya Bernas 2012 Yang Buat Kita Menangis”

  1. Sazlina Shahriman Shah says:

    Salam Nuriz, hati kak tersentuh dan sebak bila pertama kali kak klik di fb wall. Kita masih beruntung, walaupun byk dugaan menimpa. Byk morale dari iklan ini. Kesabaran kedua-dua anak ini juga jadi ikhtibar, tanpa ada keluhan dihati dan dari mulut mereka. TQ Nuriz kerana mengupas isu ini dan tahniah kepada pengarahnya Hafiz Ibrahim kerana memberi keinsafan kepada kita semua. Dikesempatan ini, rasanya tidak terlalu awal untuk kak, Johan dan anak-anak mengucapkan Salam Lebaran untuk Nuriz sekeluarga dan t.kasih kerana menghubungi kak sekeluarga. Pemergian arwah Yasmin menghidupkan hubungan Nuriz dan kak. T.Kasih.

    • Waalaikumsalam kak ina, memang iklan ni banyak pengajaran dan unsur2 moral. diharapkan ada banyk lagi pengarah yang dpat buat iklan atau filem pendek mcm ni.
      Saya pun nak ucapkan Selamat hari raya untuk kak ina dan cik Johan sekeluarga.

  2. akubiomed says:

    Memang mengusik perasaan apabila menonton iklan Raya Bernas ini.
    akubiomed recently posted..Mengoreng ayam dengan Tepung Magik

  3. Amirez says:

    tersebar luar juga video ni kat facebook tapi saya tak sempat lagi nak tengok
    Amirez recently posted..Maksud Sebenar Hari Raya Aidilfitri

  4. MAZLAN HJ ABD HAMID says:

    assalamualaikum,

    Sedar tak sedar air mata menitis tonton iklan terbaru Raya Bernas ni…
    TAHNIAH…TAHNIAH…TAHNIAH..All the best Hafiz Ibrahim..
    Juga buat Nuriz thanks banyak2 juga atas blog yg penuh informasi ini..teruskan usaha ya..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold