Memetik laporan mstar pemain bola sepak Aidil Zafuan suami Rita Rudaini gagal menghadiri prosiding kes permohonan berhubung tuntutan nusyuz terhadap isterinya Rita. Aidil terpaksa menjalani latihan di Austria pada 4 Ogos lalu dan akan kembali ke Malaysia sebelum hari raya.
Hakim tegur Aidil
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menberi teguran atas sikap Aidil yang terlalu mementingkan bola sepak berbanding rumah tangga dan anak-anak.
“Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.
“Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini,”

Peguam plaintif iaitu Noor Hazlina Che Hasan memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu. Di maklumkan Aidil telah berlepas ke negara Austria pada 4 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Dalam pada itu, peguam defendan (Rita) iaitu Datuk Mohd Zaidi Md. Zain memohon kepada mahkamah supaya pihak plaintif mengemukakan surat bertulis sekiranya gagal untuk hadir ke mahkamah pada masa hadapan dan bukannya dibuat secara lisan.
mstar online
August 8th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Aikk..dalam paper zakuan bgtau dia dgn aidil bt latihan kt msia ke tp waktu mlm???