Gambar + Scha dan Awal Sambut Raya 2012

Tahun ni pasangan pengantin baru Scha Al Yahya dan Awal Ashaari juga pertama kali beraya sebagai suami isteri, kedua pasangan ini  beraya di Kuala Lumpur terlebih dulu, kata Awal hari raya pertama tidak menjadi masalah , sebab mereka akan beraya dulu di rumah keluarga Scha kemudian baru ke rumah ibu bapa Awal pula.

Kemudian Awal dan Scha akan pulang beraya di kampung Scha di Sungai Petani pada raya ketiga. Kata Scha , Awal paling teruja dan tak sabar sabar nak beraya di kampungnya kerana Awal tak ada kampung.

Sambutan raya buat Scha kali ini amat berbeza, maklumlah sebelum ni dia beraya seorang tanpa teman dan kali ni sudah bersuami, kena berjumpa keluarga dan kenal mengenal dengan saudara mara Awal.

kata Scha

“Agak janggal juga Aidilfitri tahun ini kerana kali ini kami berdua. Sebelum ini fikir tentang diri sendiri saja namun kali ini persiapan raya berganda. Tidak susah untuk adaptasi perkara ini sebab citarasa kami sama namun kami akan berbincang bersama terlebih dahulu tentang apa saja perkara,”

Awal Ashaari suka ketupat

Baju raya Awal dan Scha

“Tahun ini kami tempah tiga pasang baju warna sedondon iaitu maroon, dusty pink dan olive green.  Semuanya Scha yang sediakan dan saya tak ada masalah kerana citarasa kami berdua sama. Kuih pula semuanya kuih tunjuk tapi kami ada juga cuba untuk buat kek Victoria dari resepi ibu saya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold