Gambar Raya Lisa Surihani dan Yusry 2012

Mari kita lihat gambar raya pelakon Lisa Surihani dan Yusry pasangan suami isteri yang masih lagi terhangat di pasaran, tahun 2012 ni Lisa dan Yusry beraya buat kali pertama bersama sebagai suami isteri.

Masih lagi macam pengantin baru, tetap romantik , sama cantik sama padan

 

Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim menyambut hari raya Aidilfitri di banglo baru mereka  yang terletak di di Country Height Resort, Kajang. Pengubahsuaian banglo mewah yang direka sendiri oleh Yusry itu telah pun siap pada Julai lalu dan mereka berdua lah yang menyiapkan hiasan dalam rumah itu.

Raya pertama di rumah ibu Lisa

“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, kami sepakat untuk menyambut Raya di rumah Lisa. Jadi, bermula malam Raya itu, Mama dan adik-beradik Lisa akan berkumpul di rumah dan masak juadah Raya bersama-sama. Tahun ini Lisa dengan Mama akan masak Nasi Beriani Arab untuk hidangan pagi Raya.

 

Yusry teruja sambut raya dengan Lisa Surihani

“Tahun ini persiapan raya agak berlainan daripada tahun-tahun kebelakangan ini. Dulu saya memang jarang hendak beli Baju Melayu, tapi sekarang ini awal-awal lagi Lisa sudah belikan untuk saya. Selain itu, dengan kehadiran isteri ini saya rasa seronok hendak beraya. Tengok Lisa teruja hendak beraya, saya pun jadi terikut-ikut ,”

Lisa dan Yusry sedang bersedia untuk Sesi fotografi raya 2012

Lisa dan Yusry nak balik raya ke kampung ibu Yusry

 

Lisa sediakan duit raya

“Duit raya yang hendak diberikan kepada kanak-kanak dan anak-anak buah juga bertambah, tetapi Lisa tidak kisah kerana bukannya selalu. Sebab itu Lisa buat persiapan secara sederhana sahaja untuk elakkan pembaziran. Lisa hanya beli benda-benda yang perlu sahaja. Selain pakai baju yang baru ditempah, Lisa juga akan pakai yang lama kerana ia masih elok,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold