Gambar Fasha Sandha dan Jejai Sambut Raya di Perantauan

Fasha Sandha yang kini hamil 2 bulan menemani suaminya Jejai atau nama sebenar Rizal Ashram yang  mewakili Malaysia untuk perlumbaan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia pada raya pertama di Ordos China. Jadi pada raya pertama Jejai telah bertungkus lumus berlumba di litar pada ketika itu jika di Malaysia orang Islam sedang sambut raya bersama sanak saudara.

Nampaknya raya tahun 2012 ni bagi Fasha Sandha sejak bergelar isteri kena beraya di luar negara dengan Jejai lah

Fasha Sandha berkongsi gambar kemenangan Jejai sebanyak 2 kali dalam perlumbaan itu di litar antarabangsa Ordos China. Fasha setia menemani suaminya Jejai di litar di tengah panas terik dan menyambut kegembiraan apabila Jejai menang dalam perlumbaan tersebut.

Rezeki anak lah tu

Walaupun tidak dapat beraya bersama sanak saudara di Malaysia, Fasha tetap gembira dapat menemani suaminya dan beraya dengan suami di perantauan.

Antara menu yang Fasha masak sebagai juadah hari raya mereka di sana

nasi lemak , sambal dan telur rebus

Fasha Sandha juga merindui ibunya di Malaysia

Fasha

“Mama membekalkan rendang dan lauk-pauk untuk kami di sana dan mummy (ibu Rizal) pula akan membawakan kami juadah lain pula. Sekurang-kurangnya kami masih lagi menyambut raya berdua walaupun tidak meriah seperti di sini. Namun saya tidak merungut kerana apa yang penting dan menjadi keutamaan adalah suami. Saya akan sokong dan setia menemaninya.

“Memang sedih jika difikirkan kerana terpaksa berjauhan dari keluarga lebih-lebih lagi saya tidak pernah berenggang dengan mereka ketika raya, namun dilihat dari perspektif lain, inilah erti sebuah perkahwinan. Saya menyokong suami dan sudah tentu kedudukan saya adalah setia di sisinya,”

apa kata Jejai

“Soal berjauhan dengan keluarga dan menyambut raya di luar negara bukanlah asing bagi saya. Tiga tahun ketika belajar di Amerika Syarikat dan kemudiannya empat tahun lagi ketika di England, saya memang tidak menyambutnya. Hanya berpeluang bersembahyang di pagi raya di Malaysian Hall dan kemudiannya menjalankan rutin harian seperti biasa.”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold