Finale Dejavu Di Kinabalu Versi Nadira dan Ammar (alternatif)

Petang tadi ending Dejavu di Kinabalu versi Bazli yang kahwin dengan Nadira kan, Bazli lah jadi pilihan sms pengundi. Apa macam ada puas hati, ada yang tak puas hati kah? :)  Tapi takpe kalau, team Ammar tak puas hati nak tengok jugak Ammar kahwin dengan Nadira takpa… pengarah dah buat dua versi siap siap untuk episod akhir Dejavu Kinabalu, so, versi Ammar pun ada lah jugak. Kalau nak tengok versi Ammar kahwin dengan Nadira kena tengok kat tonton.com.my.  Finale Dejavu di Kinabalu (alternatif ) namanya.

Nuriz pun tak tau ada versi alternatif  utk drama ni di tonton tadi , mula mula tak faham jugak sebab ada sebut alternatif, bila tgk baru tau …oo ni versi Ammar kahwin dgn Nadira.

Jalan cerita sama, cuma kat babak Bazli kejar Ammar kat jalan tu lah stop kat situ, pastu pengarah ubah lah, yang pakai baju pengantin, bukan Bazli, tapi Ammar. Ammar pun naik jumpa Nadira,  Nadira pun terkejut kenapa suami dia bukan Bazli.

Bazli serahkan cincin pada Ammar

Rupanya Bazli berkorban untuk Nadira lagi menyerahkan Nadira pada Ammar. Bazli kata inilah pengorbanan terakhir dia pada Nadira, sebab dia tau Nadira cintakan Ammar bukan dirinya.

Ammar pun mengaku dia memang sayangkan Nadira dan akan jaga Nadira hingga akhir hayat dia. Lepas tu Ammar dokong Nadira bawa ke hotel tempat diorang buat hiasan katil impian bulan madu tu, ada bunga bunga pulak atas katil,

Nadira minta Ammar nyanyikan lagu Butterfly tu lepas tu, Nadira pun lelap tak sedar sedar..rupanya dah meninggal di hari pernikahan mereka.

sori gambar kabur snap dgn hp je.

Tamat.

 

Tadi versi Bazli, Nadira kena lalui pembedahan buat kali kedua lagi,  lepas 3 tahun Nadira jumpa balik Ammar tapi masa tu dia memang dah kawin dengan Bazli. Dalam versi Bazli, Nadira hidup lagilah. Beza kat situ je la. Versi Ammar ni lebih romantik tetapi sedih pulak heroin meninggal :)

Pengarah nak letak jugak versi Ammar dan Nadira, sebab penat buat shooting kan, kat twitter Erma , dia pun tak berapa suka ending yang versi Bazli tadi, nak buat camna Bazli menang undi..ending tadi memang nampak kacau cam caca marba kalut semacam ja. Nampak sgt erma lebih tumpu versi Ammar.

Part Bazli kejar Ammar nak paksa Ammar tengok dia akad nikah dengan Nadira dan tolong bagi cincin? apakah?

..sapa yang undi tu pun penat saja lah, hahaha!! dua dua boleh tengok kan..apa daaaa

Nazim Othman share gambar kahwin Bazli dan Nadira

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Finale Dejavu Di Kinabalu Versi Nadira dan Ammar (alternatif)”

  1. chii says:

    aisey…versi ammar, nadira meninggal? xmo tgk la..

  2. izan says:

    Alhamdulillah tak sia2 undia #teambazli. Admin nurizpace, sy nak tanya dari mana awak dapat gamabar nazim dan tiz tu? photoshot media mana ya? terima kasih :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold