Filem SAM Saya Amat Mencintaimu Kisah Cinta dan Thriller

Tadi terbaca pasal Neelofa kena tegur dengan Datuk Yusof Haslam sebab Neelofa enggan bekerjasama dengan pihak produksi Skop Production untuk tujuan promosi. Kata Datuk Yusof, “janganlah lupa diri”. Mendalam tu. huhu!! Dalam cerita SAM ni Neelofa bawa watak Zura perempuan gedik yang sukakan Jefri lakonan Syamsul Yusof,memang watak dia kecik je la, watak sampingan sebab watak utama SKOP bagi kat Lisa Surihani. Mungkin sebab watak dia kecik jadi Neelofa rasa dia tak perlu ikut buat promosi kot..oppss!! kata pengurus Neelofa jangan buat spekulasi lagi, tunggu apa jawapan Neelofa kenapa dia tak mau ikut dan tak jawab panggilan dari pihak skop. Mungkin neelofa ada jawapan yang bernas untuk diberikan pada Datuk YH.

Ok berbalik pada cerita SAM ni yang diarahkan oleh Shafiq Yusof adik kepada Syamsul Yusof yang baru berusia 18 tahun, wowo muda lagi beb! 18 tahun tu. orang kata baru lepas SPM ni..remaja muda hijau2 lagi. Dalam the making SAM kat astro hari tu, tengok lah jugak , pelakon pakat puji Shafiq ni, walaupun muda tapi kerja dia macam orang dah berpengalaman dan profesional. Maklumlah sejak kecil lagi dah tengok ayah dan abang dia duk mengarah..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Cerita SAM ni tentang cinta, oleh sebab Shafiq ni tak nak dibanyangi filem filem bapanya macam Sembilu, Marian Mariana..dia nak buat kelainan sikit dan ditambah unsur unsur thriller dan suspe. Ala ala tajuk macam SAW tapi bukan SAW heheh… ni SAM.
Kalau cerita kejam macam SAW tu memang ganas dan kejam tahap gaban, tak sanggup nak tengok, SAM ni ada jugak aksi aksi lawan dan ganas, jadi kalau bawak anak pi tengok wayang yang 13 tahun tu boleh lah lagi, sebab filem di diklasifikasi P13. Budak budak kecil bawah pada tu baik tak payah tengok lah sebab ganas dan tak sesuai.

Apa apa pun nantikan kemunculan SAM di pawagam pada 19 Ogos ni (tayangan seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore).

Sinopsis

SAM
“Saya Amat Mencintaimu”

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

 

******************

Tengok the making filem SAM, si Jefri ni pun sama juga suka kat Lisa, tapi watak jahat dan penuh misteri si JEfri ni telah berjaya ditutup dengan watak handsome dan maskulinnya , sebab nak tunjuk Haikal tu lebih jahat dan psiko lagi…hehhe ala filem melayu boleh teka dah..Lisa dan SAM diculik dan kena letak di kilang lama…nasib baik tak macam saw kerat kaki sendiri untuk nak bebas.. :)

 

 

Pengarah muda Shafiq Yusof anak Yusof  Haslam arahkan filem pertamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold