Drama Adam dan Hawa Jadi Trending di Twitter

Filem, telefilem mahupun drama yang diadapatsi dari novel menjadi trend kini dan itu bukan sesuatu yang baru. Contohnya filem box office Ombak Rindu, dari novel berjaya di bawa ke panggung dan hasilnya cemerlang. Drama Nora Elena  lakonan Aaron dan Siti Saleha juga dapat sambutan hebat. Kini tengah panas dan menjadi bualan di kalangan peminat drama, Adam dan Hawa, drama bersiri 80 epsiod, ditayangkan di Astro Mustika HD.

Baru saja 2 episod, Adam dan Hawa sudah menjadi trending di twitter dan diperkatakan di facebook.

watak dipegang Aaron Aziz iaitu Adam Mukhriz jugak turut menjadi trending topicdi twitter :)  wahh!!

Macam macam reaksi peminat drama dan kelompok peminat novel itu sendiri, ada yang tak puas hati, ada yang suka , ada tak suka, tak kurang jugak yg mempersoal kenapa 30 minit aje, kenapa tak sejam, tak puas tengok… tak puas tengok Aaron Aziz :).
Ada juga yang kata kenapa ambil pelakon Nadiya Nissa jadi heroin bukan Rita Rudaini, bukan Nora Danish atau Fazura atau
pelakon yang agak lebih jelita. Emm itu pilihan penulis novel sendiri, tetapi apabila lihat episod 1 dan 2 Adam dan Hawa , lakonan Nadiya Nissa bagus.

Mungkin ada penonton nak heroin lagi jelita lagi, tapi kalau cantik pun tak reti berlakon pun buat apa kan.
Nak ambil Rita Rudaini tak sesuai pulak jadi remaja 17 tahun lepas SPM. Ambil Nora Danish pun muka dia pan asia, padahal watak dalam novel Ain Hawani tu bukan kacukan cam omputih :), Fazura? sekarang pelakon Fazura tak berapa nak muncul kerap di tv, kenapa ye? sebab eksklusif sgt kot..
Watak Ain Hawani digambarkan hanya wanita biasa tidak jelita ala ala model, bukan juga gadis bandar yg suka bersosial..jadi Nadiya Nisaa dipilih sbg heroin.
Kenapa Adam Hawa diperkatakan sangat..promosi drama ni pun dah lama, orang tunggu lama nak tengok , memang mantap jugak lah promosi drama ni pun..ditambah pula teraju utama heronya, siapa lagi..Aaron Aziz lah..ramaiii sangat peminatnya..memang dapat sambutan sangatlah.
Skrip cerita ni memang sama lah dengan dalam novel kan..skrip ditulis oleh Rozie Rashid yg jugak berlakon dalam drama ni  sebagai kakak kepada Adam Mukhriz.

Masih lagi awal untuk menilai drama ni, tak puas hati lagi…ikuti episod seterusnya esok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Drama Adam dan Hawa Jadi Trending di Twitter”

  1. djdanchef says:

    drama ni memang best giler
    djdanchef recently posted..SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA ASTRO MUSTIKA

  2. lewis My says:

    best drama ni
    lewis My recently posted..Google Nexus 7 Di Malaysia

  3. Amirez says:

    rasanya sejak novel Lagenda Budak Setan diadaptasikan ke layar perak, makin banyak drama dan filem diterbitkan daripada novel
    Amirez recently posted..10 Entri Terbaik Denaihati

  4. hatiputera says:

    Dah banyak cerita sekarang yang diadaptasikan dari novel.huhu
    hatiputera recently posted..Samsung Galaxy Note 2 dilancarkan

  5. nina says:

    heroin tak cantik dan tak menarik n tak ada aura @ pesona utk melekat dpn tv.

  6. adli says:

    harap2 adaptasikan novel yang heroinnya cantik jelita n bkn yg heroin hodoh mcm drama Adam Dan Hawa ni sakit mata memandang.NovelAisya Sofea dah ketinggalan zaman novel2 keluaran penulis2 muda kaki novel lbh menarik utk diadaptasikan.

  7. ali says:

    HEROIN ADAM DAN HAWA HEROIN PALING HODOH DI MALAYSIA.

  8. nurzulaikha says:

    aku rase kau yg hodoh kot..hero & heroin adam & hawa “the best”..watak yg bersahaja..dorg berdua ni pandai menjiwai watak mereka..mmg menusuk kalbu aku..dorg mmg sesuai utk melakonkan citer adam & hawa..aku sukkkeeeee…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold