Dr Halina Mohd Yunos isteri Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor kini bakal menimang anak kedua mereka. Semalam Dr Halina berkongsi berita kandungannya kini sudah cukup 3 bulan. Beliau berharap akan mendapat anak lelaki pula kali ini. Dr Sheikh Muzaphar dan Dr Halina
Dalam blognya Barely Super Mommy, Dr Halina berkongsi gambar scan kandungannya dan menulis, “I pray for a healthy baby, safe pregnancy and secretly wishing for a boy” ( saya berdoa mendapat bayi yang sihat, proses kelahiran berjalan lancar dan berharap mendapat bayi lelaki kali ini).”

Pasangan Dr Halina dan Dr Sheikh Muzaphar dikurniakan anak perempuan Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai tahun 2011 dengan berat 3.6 kg.
Dr Halina kini bertugas sebagai doktor pakar anestesia di Hospital Selayang.
August 2nd, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Tanniah kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Mohd Yunos bakal menimang cahaya mata ke 2.