Demam Vanila Coklat Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri..masih lagi dalam mood menyambut hari raya, mungkin masih ada lagi yang bercuti di kampung, atau ada juga yang terpaksa bergegas pulang ke bandar sebab cuti raya dah habis. :) Apa macam raya tahun ni? dapat duit raya banyak? duit raya habis banyak? hehe seronok berjumpa sanak saudara dan keluarga kan.. Cerita pasal raya duit raya , kuih raya.. Vanila Coklat Raya pun ada.. drama paling hangat tu Vanila Coklat lakonan Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah. Tapi malam raya pertama tu memang tak sempat lah nak tengok Vanila Coklat Raya

Maklumlah raya pertama , pergi beraya rumah sedara, pastu ada sedara tetamu datang ke rumah mana lah sempat nak tengok tv. Hari ni ternampak lah kat you tube ada pulak Vanila Coklat Raya..ohooo!! syok tu dapat jugak tengok Vanila Coklat Raya tanpa gangguan.. heheh!!

Pasti demam Vanila Coklat Raya masih lagi ada, tambah2 bagi peminat Vanila Coklat yang tak sempat tengok kat tv, boleh lah tengok kat Tonton.com.my atau kt u tube..kalau di u tube kdg2 sekejap ada pastu kena block.cepat2 tengok sebelum terlambat :)

Gambar raya Zara dan Aamir

 

Apa dah jadi dengan Zara dan Amir ye di hari raya

Sinopsis Vanila Coklat Raya

Zara dan Aamir bergaduh lagi selepas pulang dari bulan madu mereka yang ketiga kerana persoalan yang ditimbulkan Aamir kepada Zara mengenai keengganan Zara untuk mengandung.

Zara belum bersedia dan merajuk kerana dia merasakan Aamir tidak faham akan keadaannya. Perubahan sikap Aamir telah menimbulkan kesangsian rakan-rakan Izara bahawa Aamir ada teman wanita lain.

Mereka mencadangkan Zara untuk mengubah penampilan diri daripada seorang yang kasar kepada lemah lembut. Kesibukan Aamir yang sedang menjalankan latihan pratikal di sebuah majalah sebagai jurufoto telah mengabaikan Zara dan memberi peluang kepada Kamal untuk menambat semula hati Zara.

Pada masa yang sama, Liya muncul secara tiba-tiba dan secara kebetulan dia menjadi model sambilan untuk majalah yang Aamir berkerja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Demam Vanila Coklat Raya”

  1. aina says:

    tolng tayangkn semula vanilla coklat raya sebab tak sempat tengok.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold