Cerita Ella Sambut Ramadhan Dengan Suami

Ella ratu rock yang kini sudah bergelar isteri amat gembira sekali menguruskan keperluan suami dan tanggungjawab sebagai isteri walaupun masih lagi kekok. Ye la baru sebulan gitu mestilah kekok, nanti lama lama ok lah tu. Kata Ella dia akan menyiapkan persiapan untuk suaminya ke tempat kerja, dan perlu meminta izin suami

kalau nak keluar rumah. Pada bulan puasa dia menyiapakn juadah untuk suami dan menyifatkan suaminya,  Azhar tidak banyak karenah.

Ella kekok tapi berusaha belajar uruskan rumahtangga

“Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri. Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya.

“Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami saya untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).

“Tetapi apa perkara paling ketara adalah saya kini perlu meminta izin suami untuk keluar dari rumah dan dalam apa jua perkara saya terpaksa memikirkan untuk dua orang iaitu suami dan saya ,”

 

Ramadhan pertama bergelar isteri

“Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

“Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,”

sumber : murai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold