Bas Percuma Ada Wifi Promosi Elak Kesesakan

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia, hari ini negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55,
dan sempena sambutan harimerdeka hari ni,ada yang menarik, pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan bas percuma
tetapi bukan kepada satu negara, cuma kepada warga di KL sahaja.Sudah lama saya tak naik bas, bila di kampung kebanyakan khidmat bas henti henti sudah tidak ada lagi, sebabnya ramai orang dah ada kereta dan motorsikal.
Lama kelamaan khidmat bas dah tak diperlukan lagi. Jalan di kampung pun dah semakin sibuk macam bandar, semua dah berkereta.

Kalau ke Alor Setar, memang macam jadi di KL atau bandar besar lain, jalan sudah jam, sesak, tambah tambah di hari perayaan besar.
Elok juga kalau orang naik bas ke bandar nak elak kesesakan.
Kalau tak diberi bas percuma pun apa kata diadakan kempen naik bas dan diberi harga tambang yang istimewa kepada sesiapa yang naik bas, itu pun dah memadai, boleh lak elak sedikit masalah kesesakan dan masalah parking di bandar Alor Setar tu.

Bas percuma di KL nak elak kesesakan


Perkhidmatan bas percuma di KL ni ialah bertujuan nak mempromosikan dan menggalakkan orang ramai naik bas dan mengelak kesesakan di bandar KL.
Go-KL City Bus mempunyai 15 buah bas berwarna ungu melibatkan jarak perjalanan sepanjang 14 kilometer dan 25 hentian bas dalam
kawasan CBD. Bas ini mudah dikenali kerana ada logo Go-KL City Bus
serta tulisan percuma pada bas berkenaan.

Bas yang beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ini dilengkapi kemudahan WiFi
sistem penentuan kedudukan global, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya.

Laluan Bas percuma
laluan pertama Go-KL City Bus melibatkan hentian bas di Suria KLCC, Angkasaraya, Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Hotel Concorde,
Wisma Hup Seng, The Weld, Wisma Lom Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Monorel Raja Chulan, Wisma Rohas Perkasa, Citibank dan Wisma Athlan.

Katanya, laluan kedua melibatkan hentian bas di Pasar Seni, Bangkok Bank, Muzium Telekom, Menara Olimpia, Menara KL, The Weld, Wisma Lim Foo Yong, Pavilion,
Ain Arabia, Wisma Boustead, Wisma HLA, Simpang Bukit Ceylon, Muzium Telekom dan Kota Raya.

Menurut beliau, sebanyak dua lagi laluan Go-KL City Bus akan diwujudkan di ibu negara pada tahun ini
sebelum ia dilaksanakan di bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang bergantung kepada prestasi perkhidmatan itu
di Kuala Lumpur.

 

**********************

Agak agak bas percuma di KL ni siapa yang paling ramai naik, adakah warga negara Malaysia, pelancong, warga asing macam mat bangla, nepal indon…emmm ingat lagi masa jalan jalan di ibukota KL dulu semasa waktu hujung minggu…fuhhh macam perhimpunan khas buat warga asing, takut pulak bila berjalan di sana..kawasan KLCC   penuh dengan warga asing, memang tak selesa betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Bas Percuma Ada Wifi Promosi Elak Kesesakan”

  1. APAN says:

    wow…baiknya…x kisah pun kalau nak buat kat bandar je…org pilih x naik bas salah satunya sebab tmbang mahah dan takut. kalau dikurangkan tmbg, mungkin ada perubahan…
    APAN recently posted..Jangan Mencaci Sesama Kita

  2. akubiomed says:

    Kalau ada jalinan pengangkutan yang cekap dan pantas saya pun tidak mahu bawa kenderaan. Kalau naik pengangkutan sekarang jawabnya tengahari baru sampai tempat kerja. :-)
    akubiomed recently posted..Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold