Ally Iskandar pengacara tv3 kini semakin ceria dan gembira apabila dapat berpuasa bersama-sama isterinya tercinta Farah Lee, apa taknya Farah kini sedang bercuti selama 3 bulan. Kata Ally,menyambut Ramadhan pertama bersama Farah Lee membuatkan dia tak sabar sabar untuk berbuka puasa bersama isterinya tu.
Farah Lee masih menuntut di Universiti In Ha, Korea Selatan.

Ally akan bercuti Raya setelah 10 tahun tidak bercuti raya
Satu Syawal nanti Ally akan bercuti raya bersama Farah Lee dan pulang beraya bersama keluarga tercinta.
“Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang,”
Dulu Ally lebih utamakan kerja tetapi apabila ada isteri dia belajar mengimbangi masa untuk banyak perkara dalam hidup di samping kerjaya.
“Jika dulu sebelum kahwin saya tidak pernah peduli di mana hendak berbuka tetapi selepas ada isteri ni, memang saya sentiasa ternanti-nanti untuk berbuka puasa dengannya,”
“Saya lebih utamakan isteri saya dan jika terlalu sibuk saya akan bawa kerja balik ke rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat bersama dia.
“Dia juga masih belajar di luar negara dan apabila dia berada di tanah air saya cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia gembira,”
August 4th, 2012
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

raya pertama sebagai suami isteri..satu kenangan yang cukup manis
Amirez recently posted..3 Jenis Tahap Puasa
Hehehe…kali ni Elly kena amik cuti woo….10 tahun x amik cuti…hehehe
yas recently posted..Lee Chong Wei Menangis Tewas Kepada Lin Dan
Cantiknya isteri Ally. Sungguh natural.
Moga dorang happiness selalu
nizamghazi recently posted..Short Scene : I Am SuperNatural On Ramadhan – My P1 4G Has Been Upgraded!