Zed Zaidi Terharu Masih Ramai Sayangkan Dirinya

Zed Zaidi yang dikatakan terlibat dalam kemalangan dan menjadi topik bualan hangat di twitter telah menyatakan rasa terharu kerana ramai lagi peminat yang masih ingat padanya dan mendoakan kesejahteraannya. Sekeping gambar yang menunjukkan Zed Zaid berlumuran darah telah dimuatnaik dan pelakon pelawak Mamat Sepah dikatakan orang yang menulis mengenai kemalangan Zed Zaidi di set pengambaran.

Twit Mamat sepah berbunyi “Zed zaidi excident, doakan beliau selamat,- amin info Ruthle Adam” telah diretweets sebanyak 213 kali, selain itu Mamat Sepah juga dikatakan tidak mahu meminta maaf secara baik apabila info itu tidak tepat dan berlaku perang di twitter pula mengenai isu ini. Mamat pula menafikan yang bukan dia yang mula memberi info tetapi dapat berita dari seorang artis juga.

Bagi Zed Zadi pula dia melihat perkara ini positif, kerana salah faham mengenai berita kemalangan itu sudah dimaklumkan semula yang semua tu tidak benar melalui twitter juga.

Popular jugak Zed zaidi ni siapa kata Aaron Aziz je popular :)

Setelah menjadi anak seni sepanjang 12 tahun, peristiwa ini tak akan dapat dilupakan oleh bekas pelakon drama Sembilu ni. Tak jadi artis paling popular di ABPBH pun tak pa lah kan… popular kat twitter pun jadi le…

apa kata Zed Zaidi

“Saya ambil perkara ini secara positif. Orang ramai pula mengambil berat dan mendoakan keselamatan saya. Alhamdulillah.“Mungkin mereka yang berkongsi gambar itu tidak tahu hal sebenar. Saya pun tahu melalui PA saya apabila beberapa rakan menghubunginya,”

Penjelasan Zed Zaidi

“Saya sangat terkejut. Terharu pun ya. Sebab rupanya ramai juga yang sayangkan saya. Saya ingatkan saya ni, ramai yang benci,”

“Gambar yang tersebar tu adalah sebuah babak berat yang mana saya ditimpa nahas jalan raya. Dan dalam cerita tu memang saya mati. Ketika tu, memang ramai orang awam berkumpul di sekeliling set menyaksikan babak tu”

“Saya rasa mungkin disebabkan itu babak berat. Tambahan kereta yang digunakan adalah kereta yang remuk akibat kemalangan sebenar. Tuan empunya kereta tu dimasukkan ke ICU. Bila babak berat ni apatahlagi berkaitan kemalangan yang dasyat tentunya ia melibatkan banyak pihak seperti bomba, pihak ambulans dan juga jabatan pertahanan awam. “Jadi masa tu saya tak tahu apa yang terjadi sebab apa yang saya tahu saya kena berlakon jadi mangsa kemalangan. Mungkin juga di sebabkan situasi tu nampak seperti kejadian sebenar jadi mungkin ada sesiapa yang berada di situ dah ambil gambar,”

“Kebetulan pula sewaktu melakonkan babak itu, telefon bimbit saya pecah. Jadi bila kawan-kawan dan media telefon tapi tak dapat, hah masa tu mungkin lagi kecoh dan sedikit sebanyak mengiyakan berita tu. Tapi sebenarnya tidak betul. Ia adalah lakonan dan saya berada dalam keadaan okey.

“Ramai juga yang telefon isteri saya. Sampaikan dah tak termampu nak jawab, dia akhirnya mematikan telefon,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold