Zed Zaidi Menyambut Kelahiran Anak Lelaki

Zed Zaidi kini bergelar ayah apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Tropicana (TMC). Bayi lelaki Zed Zaidi ni diberi nama Ryan Zikry Rozaidi seberat 4.32 kg. Nama Zikry adalah pilihan dia dan isterinya yang membawa maksud zikir manakala Ryan nama yang dia sengaja letak nak bagi sedap.

Kata Zed Zaidi ,oleh kerana bayinya ni terlalu besar untuk proses kelahiran normal , maka pembedahan terpaksa dibuat.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya bersyukur dan gembira. Saya turut sama masuk ke bilik bedah dan memegang tangan isteri memberi semangat padanya. Tetapi doktor memberitahu bayi terlalu besar, oleh sebab tu pembedahan terpaksa dijalankan.

“Bayi kami sihat. Isteri juga dalam keadaan sihat. Saya baru saja mengazankan bayi kami tadi”,

Gambar anak Zed Zaidi

Isteri Zed Zaidi Natalia Mustafa Kamal akan berada di rumah mertuanya untuk proses berpantang.

 

 

p/s: hari ini 7 Ramadhan sudah

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Zed Zaidi Menyambut Kelahiran Anak Lelaki”

  1. pemerhati says:

    beratnye baby. bestnye. huhu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold