Wanita Berumur 50 Tahun Dirogol Teman Lelaki Baru

Seorang wanita berusia 50 tahun yang pertama kali mahu bertemu dengan seorang lelaki yang dikenalinya di laman sosial telah dirogol oleh lelaki berkenaan.

Lelaki itu hanya dikenali di laman sosial bulan Mei lalu mengajak wanita itu bertemu dengannya di sebuah rumah pada 30 Jun, apabila tiba di rumah itu, lelaki berkenaan bertindak mengunci dan mengurung wanita itu di dalam rumah.

Wanita itu mendakwa dia hanya sedar selepas mendapati dirinya bogel di atas katil tanpa ada sesiapa pun di dalam rumah itu dan percaya dirinya sudah dipukau.

Selepas beberapa hari kejadian itu dia menerima satu bungkusan mengandungi pen drive dan di dalamnya ada rakaman video ketika dia dirogol oleh 2 orang lelaki.

Lelaki berkenaan mengugut akan menyebarkan rakaman video berdurasi 4 minit itu di internet jika wanita berkenaan tidak membayar sejumlah wang yang dituntut.

Wanita yang menjadi mangsa rogol dan ugut itu membuat laporan polis di Pejabat Polis Cheras pada 4 Julai lalu. Pihak polis sudah menahan reman 2 orang lelakiĀ  berusia 30 dan 32 tahun untuk membantu siasatan.

Pihak polis menasihati orang awam supaya berhati -hati apabila berhubung dengan orang asing yang tak dikenali di internet.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Wanita Berumur 50 Tahun Dirogol Teman Lelaki Baru”

  1. akubiomed says:

    Sedih perkara ini berlaku kepada warga emas.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Call me Pak Long

  2. iAwani says:

    ada pengajaran tersendiri di sebalik kisah ini..
    iAwani recently posted..HTC Akan Perkenal Tablet Terbaru

  3. nurmisnan says:

    Simpati atas nasib beliau.
    Itu sebab sekarang ni jgn mudah memilih + percaya pasangan..
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #53

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold