Wang Hantaran Irma Hasmie RM33,333.33

Pelakon dan pengacara Irma Hasmie telah selamat berkahwin dengan Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 pada Jumaat lalu. Irma menerima 3 dinar wang emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran tidak didedahkan kepada umum. Dipetik dari laman web Malaysian Digest, wang hantaran Irma Hasmie yang  bernilai RM33,333.33 itu satu kejutan buat  Irma Hasmie dari suaminya Redza.

Kejutan itu dibuat oleh Redza hanya memberitahu Irma setelah mereka diijabkabulkan. Ini kerana pihak Irma sebelum ini tidak menetapkan sebarang jumlah wang hantaran dari pihak lelaki.

Irma dan Redza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu. Kemudian majlis merisik diadakan pada 12 Mac 2012 dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.

Sementara itu, majlis persandingan pasangan pengantin ini akan berlangsung di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang pada 1 Julai, jam 8 malam.

Bagaiamanapun rancangan untuk berbulan madu masih belum dipastikan lagi dan mengenai anak pula Irma hanya berserah kepada Allah.

sumber : Malaysian digest

 

GAMBAR kahwin , hantaran Irma Hasmie dan Redza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Wang Hantaran Irma Hasmie RM33,333.33”

  1. titan says:

    pehh..suka benar nombor 3 yekk..
    titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 6

  2. yas says:

    minat btul dia ngan angka 3 ehhh….
    yas recently posted..CONTEST EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold