Kejadian di Seremban ini dirakam kamera cctv di mana anggota polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang 2 pekerja hotel serta merosakkan kenderaan di Seremban 2. Kejadin berlaku pada jam 2.50 pagi lelaki berusia 32 bertikam lidah dengan pekerja hotel kerana tidak berpuas hati atas sebab sebab tertentu.
Akibat serangan itu, kedua-dua pekerja terbabit mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
“Kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu yang dikatakan turut merosakkan kenderaan di luar hotel. Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat.
“Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasa- tan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Saiful Azly bagaimanapun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pegawai polis terbabit berada di dalam pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian.
“Ujian urin dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kita menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa dengan menggunakan pemegang pistol,” katanya.
Sementara itu, kejadian amuk berkenaan yang dirakam menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak hotel terbabit, turut dimuatkan dalam laman Youtube.

video
sumber : Sinar Harian
July 19th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

aduh.. memalukan .. membuat imej polis jatuh. Lepas tengok video ni saya jadi kurang respek dengan polis – di fikiran anggap mereka hanya tahu lepas marah saja. Iyalah, polis kan. Supaya orang takut.
iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat
nila setitik rosak susu sebelanga
apehal polis zaman skarang ni.. lupa dah ke undang2 mereka..