Video Lelaki Mengamuk di Putrajaya

Lelaki mengamuk di Putrajaya yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanitanya ditembak mati oleh pihak polis. Dalam laporan akhbar, lelaki dikenali dengan nama Khalil Afandi itu dipercayai sakit mental. Dalam kejadian amuk 9hb Julai, lelaki dan wanita berkenaan tiba di Pejabat Perdana Menteri untuk meminta kebenaran berjumpa Perdana Menteri kepada pihak polis bantuan

Apabila kedua mereka tak dibenarkan masuk, lelaku berkenaan mengeluarkan pedang samurai dan mengacukan kepada polis bantuan yang bertugas di situ.

Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.

 

laporan akhbar Utusan Malaysia:

 

“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.

“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.

“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.

Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak,” katanya.

Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.

“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa,”

 

Video

Lelaki yang bernama Khalil Afandi juga ada mempunyai blog yang bernama  http://jayanegara1234.blogspot.com/

tetapi tak boleh diakses  kalau guna   http://jayanegara1234.blogspot.jp/  baru boleh. Pening baca apa dia tulis…tak faham pun.

Tetapi tajuk terakhir yang ditulisnya ialah berkenaan hidup dan mati. Kali terkahir dia mengupdate blognya ialah pada 4hb Julai iaitu lebih kurang seminggu dari kejadian amuk itu.

Dalam blognya, dia menulis tentang dirinya yang tidak mahu di….. oleh pihak polis dan tentera.Dia mengatakan yang dari sejak umurnya 3 tahun dia  dikatakan sakit dan selalu menangis hingga tertidur.

Mendakwa para ulama di Malaysia ni lembut dan tidak berhak mendidik orang lain.

Artikel bertarikh 30hb Jun , lelaki ni menulis seolah-olah mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan bertemu lagi di dalam blonya.

 

Artikel berkaitan

Wanita bersama lelaki mengamuk rupanya isteri orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Video Lelaki Mengamuk di Putrajaya”

  1. ProfHariz says:

    Macam-macam sekarang ni. Tak faham betol
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #10 – Flash Banner Eyriqazz vs Denaihati

  2. iAwani says:

    .. lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat kesan tembakan. Mungkin pengikutnya di internet juga ramai, cuma tidak memunculkan diri.
    iAwani recently posted..HTC Akan Perkenal Tablet Terbaru

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold