Video Kanak-kanak Diculik Dalam Masa 40 Saat

Video cctv menunjukkan seorang lelaki telah menculik kanak-kanak dalam masa 40 saat di sebuah stesyen keretapi di Mumbai India. Penculik itu memerhatikan mangsa dan tak sampai seminit dia sudah dapat mendukung kanak-kanak perempuan itu dan berlalu pergi tanpa disedari oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Ibu bapa budak malang itu kepenatan dan tertidur tanpa menyedari anak mereka sudah diambil oleh penjenayah terbabit. Kejadian ini dirakamkan pada 10 Jun lalu.

Selepas mendapat laporan , polis mula menjejaki penjenayah itu dan kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun itu ditemui pada 7 hb Julai. Penculik itu mengaku menculik budak itu untuk dipaksa mengemis.

Memang bahaya kes ni, kalau dah penat ibu bapa tertidur tak sedar anak mereka diculik. Semoga menjadi pengajaran pada semua.

 

Video kanak kanak diculik dalam masa 40 saat

Budak bernama Sangeeta itu sudah dijumpai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Video Kanak-kanak Diculik Dalam Masa 40 Saat”

  1. iAwani says:

    ini sungguh bahaya! Peringatan untuk ibu bapa apabila membawa anak-anak keluar dari rumah.
    iAwani recently posted..Ren Ng CEO Lytro Letak jawatan

  2. APAN says:

    sng2 je nak soh budak tu mengemis…budak tu pun tido….mmg senang la keje dia…hati2 la kalau ada anak tu…
    APAN recently posted..Hukum Minum Kopi Luwak

  3. akubiomed says:

    Kalau sesiapa pernah menonton filem Slumdog Millionaire ia adalah sama digambar didalam filem tersebut.
    akubiomed recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomed

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold