Taufan Vicente terkuat yang melanda Hong Kong dengan kelajuan 140 km/j telah mengakibatkan 100 orang cedera. Pihak berkuasa telah memerintahkan penduduk berpindah kerana dibimbangi akan berlakunya banjir. Pihak berkuasa negara itu mengeluarkan amaran taufan peringkat tertinggi iaitu pada kiraan 10, seterusnya ia adalah pertama kali dicatatkan sejak 1999. Ketika itu Taufan Vicente melanda Hong Kong pada kelajuan 100 km/j.
Keadaan bandar yang biasanya sibuk kini bertukar menjadi sebuah bandar hantu, aktiviti pasaran saham dan operasi bank-bank utama serta pernigaan terpaksa ditutup.
Berpuluh-puluh penerbangan di lapangan terbang Hong Kong juga ditangguhkan dan perkhidmatan feri yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan Kowloon, Wilayah Baru dan pulau-pulau terpencil juga dihentikan operasin.
Sepanjang pagi, pekerja pembersihan bekerja keras untuk membersihkan pokok pokok dan ranting yang jatuh di atas jalan raya utama.


Video
July 24th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in 

subhanallah…dasyat betul fenomena ni berlaku…
Norizwan recently posted..Ebook Percuma "Panduan Mengurangkan Kegemukan"
Tiada siapa dapat melawan kuasa alam.
akubiomed recently posted..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : Sharidawati