Video dan Gambar Pasangan Muda Kahwin Shafiq 16 dan Yana 14

Video perkahwinan pasangan remaja Shafiq 16 dan Yana 14 yang dimuatnaik di you tube menarik perhatian dan mengejutkan ramai orang. Video majlis pernikahan mereka sudah dilihat sebanyak 374,000 lebih. Pasangan yang hanya diketahui dengan nama Shafiq dan Yana ni mengadakan majlis pernikahan mereka pada 8 Julai lalu dan dishare di internet pada 11 Julai.
Dulu pernah ada remaja yang berkahwin muda Siti Maryam Mahmood berusia 14 tahun juga ketika berkahwin dengan pasangannya seorang guru berusia 23 tahun.

Perkahwinan Siti Maryam mendapat kritikan dari Menteri  Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berpendapat pelajar remaja yang masih belasan tahun tu dihalang hak hak sebagai kanak-kanak untuk menjalani hidup riang macam rakan sebaya.

Video

Ramai yang memberikan komen yang pendapat yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Ada yang menyokong tindakan mengahwinkan pasangan muda ini dapat mengelakkan diri mereka dari maksiat dan zina. Bagi yang tidak bersetuju pula, mereka mempersoalkan sama ada pasangan ini mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri nanti di samping mereka perlu menghabiskan pelajaran di sekolah. Dapatkah mereka menumpukan pelajaran di sekolah kelak. Cukupkah  ilmu rumahtangga bagi pasangan ini?

Apa apa pun keluarga kedua belah pihak sudah pasti setuju dan memberikan sokongan kepada perkahwinan mereka Yana dan Shafiq ini, diharapkan mereka bahagia.

komen yang disukai ramai

” Barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,

maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh , ” Aduh celaka aku ,

agamanya telah dipelihara dari godaanku . ” – HR. Ibnu ‘Addi -

 

Gambar

 

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Video dan Gambar Pasangan Muda Kahwin Shafiq 16 dan Yana 14”

  1. Rizz says:

    tahniah…semoga terus berbahagia mereka
    Rizz recently posted..Photo: Malaysia Vs Arsenal

  2. miss unkhown says:

    omg…. tahniah yana and shafiq… moga dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold