Video Abby Abadi di Demo Bebaskan Tahanan ISA di Kem Kamunting

Bekas pelakon Gerak Khas Abby Abadi sejak berhijrah dan memakai tudung, kini semakin giat aktif berceramah di pentas politik yang dianjurkan oleh PAS. Pada 8 Julai Abby Abadi ada menyertai demo yang dibuat di hadapan Kem Kamunting, demo itu adalah untuk mendesak kerajaan membebaskan 45 orang tahanan dibawah  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kenyataan Abby Abadi di dalam video itu juga didakwa telah mengutuk pihak polis. Kelantangan Abby telah mendapat reaksi dari pasangan pelakon yang sama sama berlakon dalam Gerak Khas , Ac Mizal (Inspektor Mazlan)mencabar Abby Abadi (Inspektor Aleza) untuk berdebat mengenai isu terbabit.

 

Abby Abadi ketika jadi pelakon Gerak Khas

Apa ucapan Abby Abadi di dalam demo desakan membebaskan Tahanan ISA di kem Kamunting itu:

“Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu …. dikira bershubahat.

“Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

“Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu …. kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni … maksudnya mendera tu …semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh … tapi dia lebihkan lagi.”

reaksi Ac Mizal di twitterya mengajak Abby berdebat

“Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!”

Video Demo bebaskan 45 orang tahanan ISA di Kem Kamunting 8 Julai

 

p/s: Selain Abby Abadi, pelakon Hairie Othman pun dah semakin aktif  berceramah sekarang ni

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Video Abby Abadi di Demo Bebaskan Tahanan ISA di Kem Kamunting”

  1. wandisini says:

    oh ini lah puncanya kenapa dia orang nak berdebar. memang jadi trending semalam, tapi aku tak tahu lak puncanya ni
    wandisini recently posted..Review Dan Menang Samsung Galaxy Note

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold