Uniknya Lautan Buih Cappuccino di Cape Town + Gambar dan Video

Fenomena pelik lautan berbuih seperti cappucino ini berlaku di persisir pantai Cape Town di Afrika Selatan. Buih buih lembut ini melimpah hingga ke permukaan jalan, warnanya seakan akan buih cappucino yang berkrim dan kelihatan lembut seperti buih sabun. Gambar bawah ini dirakamkan sekitar tahun 2008, kejadian ini digelar lautan buih atau buih pantai.

 

Buih buih ini terhasil dari tindakbalas air laut denganĀ  kekotoran bahan bahan sisa organik, tumbuhan mati, plankton, ikan mati.

Gelombang air laut membentuk buih – buih kemudian ditolak ke atas oleh tenaga di dalam air dan boleh dilihat sebagai busa atau buih di pantai.

Gambar lautan buih

Para Saintis berpendapat bahawa jika kelajuan angin adalah lebih tinggi daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air adalah lebih tinggi dan ketegangan permukaan air tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama. Air laut menjadi pecah dan terkumpul disebabkan oleh ketegangan permukaan kemudiannya menjadi buih putih.

 

Nampaknya bukan di Cape Town saja berlaku fenomena lautan buih ini ye, ada lagi beberapa tempat seperti di Napier New Zealand ini

Video

macam buih sabun

di Stradbroke Island Australia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Uniknya Lautan Buih Cappuccino di Cape Town + Gambar dan Video”

  1. iAwani says:

    waaa .. cantiknya! Macam boleh diminum pula air laut tu ya, kebetulan saya peminat Cappucino dan Espresso.
    iAwani recently posted..Android 4.1 Jelly Bean Dalam Kindle Fire

  2. akubiomed says:

    Hebat betul kekuasaan Alah SWT.
    akubiomed recently posted..Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold