Uncle Seekers Ditahan Polis Kerana Aibkan Sultan Johor

Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau dikenali dgn nama Uncle Seekers telah ditahan polis di Senawang Negeri Sembilan dan dibawa ke Nusanjaya Johor kira-kira jam 10 malam. Dalam laporan media, pada 1 Julai seramai
30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor yang bertajuk “Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)”.

Siri artikelnya yang sudah sampai ke part 64 berkisar tentang beberapa persoalan yang dilontarkan kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Johor dan juga kepimpinan tertinggi Johor.

Uncle Seekers dengan berani menyelitkan dokumen sulit / maklumat dan gambar gambar dalam artikel di blognya uncleseekers.blogspot.com  Artikel  berkenaan untuk dikongsikan dengan pembaca itu sangat pedas dan terang terang menyindir dan mengaibkan.

 

Individu yang membuat laporan polis , meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

Sumber: sinar harian

Berita Harian : Uncle Seekers ditahan 4 hari

Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. – BERNAMA

dari Malaysiakini

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Uncle Seekers Ditahan Polis Kerana Aibkan Sultan Johor”

  1. akubiomed says:

    Terkejut juga terbaca penahanan Uncle Seekers di rangkaian sosial.
    akubiomed recently posted..Bidikan bunga-bunga di Floria Putrajaya 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold