Umie Aida Bidas Kenyataan Abby Abadi

Semenjak Abby Abadi berhijrah ke imej bertudung dia dilihat sangat aktif berpolitik, berdemo dan tak kurang juga kenyataan di twitter menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi dari peminat. Abby Abadi telah menyifatkan golongan artis yang bertudung kurang menerima tawaran dalam bidang seni, dan jika parti kerajaan sekarang yang memerintah tumbang, artis sepertinya akan dapat semula bekerja.

Dalam kenyataan kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,”

Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya. Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Umie Aida Bidas Kenyataan Abby Abadi”

  1. hud says:

    Astagfirullah…inilah jadinya kalau jiwa kacau..memang kenyataan dia ni sangat cetek.Berani tak bertempat.Dia sedar tak dalam Islam keseluruhan wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangan? apatah lagi nak jadi artis! apa hiburan islamik yg wanita boleh buat? berlakon? mennyanyi? menari? Dasyat dia digula-gulakan. Nak masuk politik, masuk ajelah tak perlu bagi kenyataan bodoh yg mengelirukan orang..cara dia cakap seolah2 hanya PAS saja yg wujud, habis yg dua lagi tu nak campak mana? rela ke diorang jadikan negara ni Islamik sepenuhnya? realistik sikitlah..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold