Tom Cruise dan Katie Holmes Kahwin Kontrak

Pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes bakal bercerai setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga, Katie memfailkan permohonan cerai terhadap Tom Cruise melalui peguamnya Jonathan Wolfe, dipetik dari Daily Mail.

Ditanya apakah punca perceraian mereka? peguam Katie memberitahu ia adalah sangat peribadi.

Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.

“Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers.

Tom Cruise dan Katie Holmes kahwin kontrak

Kabar angin juga berlegar mengenai perkahwinan Katie dan Tom Cruise yang dikatakan hanya kahwin kontrak. Katie Holmes juga digosipkan tidak mencintai Cruise sama sekali dan hanya dibayar kerana nak menutup kisah gay pelakon Mission Immposible itu. Dari laman web Miami Herald, Katie dikatakan mendapat elaun kewangan dan bonus jika dapat melahirkan anak. Peguam Tom Cruise Bert Fields bagaimanapun menafikan kabar angin tersebut sehinggalah pada Jumaat lalu Katie memfailkan perceraian mereka.

p/s: ingat lagi pasal Tom Cruise melompat atas sofa di dalam rancangan Oprah Winfrey sebab seronok nak kahwin dengan Katie Holmes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Tom Cruise dan Katie Holmes Kahwin Kontrak”

  1. titan says:

    cerai dah plakk..
    titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 6

  2. akubiomed says:

    Lah tidak sangka ia akan berlaku.
    akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012

  3. yas says:

    Lohh..ingatkan puak2 kita je yg ada kawin kontrak nih….derang pun ada jugak….hehehe
    yas recently posted..GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold