Tak Mahu Lepas Tangan Shila, Sharnaaz Ahmad Sanggup Garu Telinga Dengan Bahu

Ini kisah gosip percintaan artis tak asing lagi yang tengah hangat bercinta Sharnaaz Ahmad kat Shila Amzah, nak tergelak pun ada bila baca cerita ni, bukan main sayang dan kasihnya Sharnaaz  pada Shila ye, sampai dia berpegangan tangan ke mana saja Shila pergi. Ni kalau dah tak boleh lepas.. orang kata macam belangkas.

Kisahnya di satu majlis  di ibu kota, ada pihak ternampak kekasih dua sejoli Sharnaaz dan Shila  jalan pegang pegang tangan sampai masa nak ambil gambar pun duk pegang tangan lagi..lepas tu telinga Sharnaaz ni gatal la kot..jadi kerana tangan dia tengah pegang tangan Shila masa tu, dia guna bahu je la untuk garu telinga dia. hahaha!! lawak sungguh..

baca petikan gosip di Harian Metro ni…:)

Kisah cinta Shaarnaz dan Shila Amzah bukan lagi rahsia malah sering menjadi perhatian media. Menariknya, pasangan muda ini bukan kategori hipokrit apabila masing-masing cukup terbuka mengakui isi hati masing-masing
Ketulusan pasangan muda ini amat CAK  hormati dan sewajarnya  dicontohi artis lain. Selama ini ramai selebriti lebih gemar merahsiakan  hubungan cinta mereka dengan alasan terlalu peribadi dan tidak selesa berkongsi dengan peminat serta media.
Tidak kurang juga pemberian alasan  klise segan jika jadi perhatian walhal mereka mengusung kekasih ke sana sini.
Kemesraan Shaarnaz dan buah hatinya memang terserlah bahkan ketika menghadiri satu majlis di ibu kota  baru-baru ini, jejaka yang kian popular itu nampak sayang benar dengan Shila.
Dia bukan sahaja sentiasa mendahulukan kekasihnya itu bahkan ketika media mahu merakamkan gambar mereka, dia berjalan sambil memimpin tangan Shila.
Sampai ada teman terbeliak biji mata apabila  Shaarnaz sanggup mengesel telinganya yang gatal di bahu semata-mata tidak mahu melepaskan tangan Shila. Kata rakan itu kalau gatal telinga, kita biasanya garu dengan tangan tetapi jejaka ini memilih untuk menggunakan bahu.
Sambil berseloroh, teman itu mengatakan, orang lain pun bercinta juga tapi tak adalah ‘over’ macam tu. macam dia sorang ada girl friend
CAK tersenyum sumbing mendengar kata-katanya. Dalam masa sama  ada teman lain menyampuk. Ada ketikanya mereka terasa rimas kerana Shaarnaz terlalu menunjuk-nunjuk kasihnya terhadap Shila di hadapan orang ramai.
Bukan sekali dua kerana sudah banyak kali mereka nampak senario itu. tambah teman yang mula-mula membuka cerita ini.Biasalah manusia bila bercinta kadang-kadang seakan-akan hidup dalam dunia sendiri. Serba serbi terasa indah hingga tak perasan ada kalanya perlakuan kita itu mengundang rasa meluat mata yang memandang.

Kalaulah Shila Amzah terbaca kisah mereka di akhbar ni kan, mesti Shila terharu sangat sangat pakwe dia sanggup buat camtu sekali..huhu..

Tu masa diorang tengah bercinta tak kahwin lagi, lepas ni kena pegang tangan anak anak la pulak, kalau anak berderet deret kan nak dukung nak lagi , mana ada masa nak pegang tangan suami isteri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Tak Mahu Lepas Tangan Shila, Sharnaaz Ahmad Sanggup Garu Telinga Dengan Bahu”

  1. Din says:

    haha…lawak lah pulak bila bayangkan..
    mesti kpala dia senget benget..hehe
    Din recently posted..Menonton Perlawanan Kelantan VS Perak kat Stadium

  2. ProfHariz says:

    Cepat2 kahwin kan lebih baik :)
    ProfHariz recently posted..Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar Ghazali

  3. Ajumohit says:

    Macam2 citer artis bercinta ;)
    Ajumohit recently posted..Testing new link http://ajumohit.com/feed

  4. iAwani says:

    .. hmm, bernikah lebih baik, dah ada lesen penuh untuk pegang tangan sebab dah jadi suami isteri. Perhubungan cinta ni berisiko.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold