Syamsul Yusof Akui Bercinta Dengan Pelajar Perubatan

Pengarah terkenal Syamsul Yusof akhirnya mengakui dia kini sedang menjalinkan perhubungan cinta dengan seorang pelajar perubatan setahun lalu. Syamsul tak dapat nak menyembunyikan perasaannya apabila ditanya soal kahwin, Syamsul merancang akan berkahwin 2 tahun lagi dengan siswi berkenaan.

Syamsul 28, pernah bercinta dengan pelakon Diana Danielle suatu ketika dulu dan hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kini Syamsul sudah ada pengganti yang baru :)

Syamsul Yusof bahagia dengan si dia

“Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua.

“Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon.

“Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama,”

 

buah hati Syamsul Yusof bukan doktor

“Insya-Allah, saya akan berkahwin sebelum usia saya mencecah 30 tahun.Lebih kurang 2 tahun saja lagi. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan dia. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham.

“Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak tahu kami berkawan tapi masih belum ada berkesempatan untuk berjumpa keluarga masing-masing. Sekarang ini, kekasih saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej.

“Dia mengambil jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor. Sekali lagi,saya tak mahu kecoh dan kalau boleh saya mahu cuba membahagikan bidang glamor dan kerjaya dengan seimbang,”

Kekasih faham kerjaya Syamsul

“Dia tahu saya siapa. Namun, saya harap dia terima saya seadanya sama seperti lelaki yang lain. Apapun, saya bersyukur apabila saya dikatakan menjadi lelaki idaman Malaya selepas lebih banyak berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen apa bila saya dikategorikan sebagai lelaki hot ini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan terima kasih dan teruslah menyokong saya baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengarah,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Syamsul Yusof Akui Bercinta Dengan Pelajar Perubatan”

  1. akubiomed says:

    Wah cepatlah Shamsul bertemu pasangan boleh Datuk Yusof Haslam timang cucu. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Oh Malaysian

  2. iAwani says:

    ngam jugaklah dia bertunang dengan yang bukan artis. Bahaya memilih pasangan dikalangan artis! Sudah banyak perceraian berlaku antara mereka. Sekadar pendapat :)
    iAwani recently posted..Hp Spectre One Desktop PC Dengan Wireless Touchpad Serta Touch Scren

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold