Soo Wincci Semakin Popular Selepas Masterchef Selebriti

Walaupun Soo Wincci tidak menjadi juara dalam program  Masterchef Selebriti tetapi dia antara selebriti bukan melayu yang semakin dikenali. Soo Wincci 26 seorang penyanyi dan juga bekas ratu cantik Malaysia fasih berbahasa inggeris, Jepun dan Perancis mempunyai bakat dalam  lakonan. Memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada universiti di United Kingdom, ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dan melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Soo Wincci sedar akan popularitinya ketika ini tidak sama lagi seperti dulu, sekarang dia sudah dikenali berbanding dulu. Dia akan menggunakan peluang keemasan ini untuk meningkatkan lagi kerjaya nyanyiannya.

Dia memberitahu single pertamanya sudah pun dilancarkan berjudul Terus Teranglah yang menampilkan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow. Selain itu 3 lagu lagu bertajuk Nombor 1,  Jangan Risau dan Musim Asmara.

“MasterChef Selebriti memang telah mengubah hidup saya sebagai seorang artis dan saya amat bersyukur kerana peminat saya kini bukan sahaja dikalangan kaum Cina tetapi juga Melayu dan India,”

Selain itu dia juga bekerjasama dengan komposer terkenal Ajai untuk  mengeluarkan albumnya dalam bahasa melayu. Album itu nanti ia akan mempunyai 5 buah lagu sebagai permulaan dan akan berada di pasaran pada bulan September depan.

 

Sedikit mengenai Soo Wincci

Soo Wincci pernah diejek gemuk kerana tubuhnya yang gempal  semasa dia berumur 10 tahun.

Pernah menjadi Ratu Cantik Malaysia tahun 2004 pernah mewakili Malaysia ke negara China. Mendapat tempat ketiga di Pertandingan Miss Malaysia peringkat dunia pada tahun yang sama.

Pada tahun 2008 memenangi Miss World Malaysia dan mewakili Malaysia ke Johannesburg, Afrika Selatan.

Pada tahun 2007, dia lulus dengan ijazah undang-undang dari University of Reading, UK. Pada tahun 2008, beliau memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Sunshine Coast.

Pernah berlakon drama dalam Mr Siao Mandarin Class disiarkan di NTV7 .

Soo Wincci dilantik sebagai duta rasmi Avon dan duta rangkaian jagaan kulit paling laris Avon, Anew.

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Soo Wincci Semakin Popular Selepas Masterchef Selebriti”

  1. akubiomed says:

    Untung beliau sekarang ini telah dikenali setelah membuat penampilan di MasterChef Selebriti Malaysia.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Oh Malaysian

  2. iAwani says:

    perghh! Dia ambik PhD rupanya! Cayalah!
    iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold