Soo Wincci Nak Puasa Penuh

Soo Wincci bekas peserta masterchef selebriti ini, menaruh azam dan harapan dapat berpuasa penuh, walaupun bukan beragama Islam Soo Wincci tetap teruja dengan kedatangan bulan Ramadhan. Kata Soo Wincci dia mahu lebih dekat dengan peminatnya yang beragama Islam dan di twitternya kini sudah ramai peminat yang follow Soo Wincci rata rata dari peminat berbangsa melayu.

Rakan rakannya yang bergama Islam banyak memberi nasihat dan panduan untuk Soo Wincci berpuasa, tetapi jangan memaksa diri kalau baru nak belajar puasa.

kata Soo Wincci

“Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka.

“Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa,”

“Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini.

“Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari,”

Inilah teladan yang baik ditunjukkan oleh Soo Winnci , sepatutnya mereka yang selalu ponteng puasa kena malu dengan Soo wincci ni, dia yang bukan Islam pun teruja nak puasa :)
mstar online

 

Soo Wincci Makin Popular Di kalangan peminat melayu

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Soo Wincci Nak Puasa Penuh”

  1. iAwani says:

    alhamdulillah, artis sebegini perlu dijadikan teladan .. moga niat mahu berpuasa penuh itu tercapai hendaknya.
    iAwani recently posted..26 Juta iPhone dan 17 Juta iPad Terjual

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold