SINOPSIS 7 Ramadhan – Slot Samarinda Tv3

Slot Samarinda Tv3 terbaru menghiasi bulan Ramadhan kali ni ialah drama 7 Ramadhan, drama 13 episod ini akan ditayangkan pada 19hb Julai setiap Selasa hingga Rabu jam 10-30 malam, Khamis 9.30 – 10.00 mlm. Drama terbitan Radius One ini dilakonkan oleh

Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Mustapha Kamal, Nabila Huda, Roy Azman.
Pengarah dan  penulis skrip ialah  Shahrulezad Mohamedin.

Kalau dulu Elly jadi ibu yang kaya dan sombong kali ni dia jadi ibu yang miskin, kisah cinta 2 darjat..

SINOPSIS 7 Ramadhan

Mengisahkan Sufiah(lakonan Elly Suriati) yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang,  membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang ama dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.

Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya  dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Pelakon 7 Ramadhan Fir Afandi dan Elly


nurizspace

Episod 3
Anna teringat dia pernah ternampak Sufiah. Namun dia cuba membantu Sufiah semampunya. Dhani pula cuba mencari jalan untuk menerangkan tentang siapa Sufiah walaupun dia pernah beritahu Anna yang ibu dan bapanya telah pun meninggal dunia. Datin Audrey mengatur pertemuan Anna dengan Rushdie walaupun Dato’ Mohsen tidak bersetuju.

Episod 4

Anna tidak mengendahkan pesanan Datin Audrey supaya pulang berbuka puasa bersama Datin Rose dan anaknya Rushdie. Malah, dia memilih untuk berbuka bersama Dhani. Dhani cuba berterus terang tentang siapa ibunya sebenar namun masih gagal. Sufiah cuba mereka cerita kononnya Dhani melayannya dengan baik namun Chah sudah dapat meneka dari awal lagi. Chah terlalu marah terhadap Dhani hingga menuduhnya anak derhaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “SINOPSIS 7 Ramadhan – Slot Samarinda Tv3”

  1. eryati says:

    malas nak tengokm kisah sedih mcm ni..sakit ati pasti ada
    eryati recently posted..BONUS RAYA(setengah bulan gaji RM500)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold