Siapa Pilihan Nadira Bazli atau Ammar? Episod Akhir 2 Ogos

Drama bersiri yang semakin hangat mendapat sambutan semakin menghampiri peghujung kisah percintaan Nadira. Siapakah pilihan hati Nadira, Bazli atau Ammar? Episod akhir Dejavu di Kinabalu adalah pada 2 Ogos nanti di mana peminat drama bersiri ini akan mengetahui siapa pilihan Nadira. Sebelum tu semua dah tengok kan kat skrin tv, dan promo, pengarah Erma Fatima memberikan peluang kepada penonton untuk memilih siapa yang patut jadi pilihan Nadira, undi Ammar kalau anda rasa Ammar layak, atau pilih Bazli kalau rasa Bazli layak.

Keputusan undian sms tadi nampaknya antara Bazli dan Ammar memang ada persaingan sengit jugak. Ramai peminat mula beralih arah mengundi Bazli apabila episod hari ni dan semalam Bazli kelihatan dah insaf dan mulai menerima kenyataan, dan tentunya Bazli dilihat seorang lelaki yang budiman, baik hati, sangat mencintai Nadira walaupun Nadira tak mempedulikannya. Bazli sanggup bekorban apa saja untuk Nadira. Mungkin ada peminat dah tak nak Ammar jadi pilihan Nadira kan..?

Ammar telah menunjukkan perasaan sebenarnya dalam episod malam ni, yang mana dia berbelah bagi antara perasaan sayangnya pada Inara dan Nadira. Walaupun Inara dah meninggal tapi Ammar masih tetap mencintai Inara, sanggup menipu Nadira. Mungkin ada yang dah tak suka tindakan dan keputusan Ammar yang menipu Nadira.

Adakah Nadira kan terus bersama Ammar atau pulang ke pangkuan Bazli lelaki yang banyak bekorban untuknya?

Oleh sebab pengarah nak penonton buat pilihan, sama ada Bazli atau Ammar yang kahwin dengan Nadira, mestilah babak babak akhir nanti kena buat dua kali kan, satu untuk Ammar dan Nadira dan satu lagi untuk Bazli dan Nadira disatukan..ye tak?

Lihat gambar ni..

Drama percintaan arahan Erma ni dilihat sangat menarik, kisah pengorbanan, kasih sayang, dan juga kesetiaan, tak kira antara pasangan kekasih atau sesama sahabat baik. Dua rakan baik Ammar dan Nadira iaitu Zahir dan Uzra selalu memberikan nasihat dan menegur kawan, dan membantu bila ditimpa kesusahan. Jangan jadi macam kakak Nadira yang terlalu mengikut kata hati, dia sanggup mencari jalan yang salah untuk dapatkan cinta Ammar.

 

Pengarah Erma Fatima sokong siapa jadi pilihan Nadira?

hehehe

 Drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima ganti Dejavu di Kinabalu

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

3 Responses to “Siapa Pilihan Nadira Bazli atau Ammar? Episod Akhir 2 Ogos”

  1. iAwani says:

    .. saya pilih Bazli ..hehe :)
    iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat

  2. hana says:

    hi like this teledrama of akasia call djavu di kinabalu 2nd top drama after gemersik kalbu kalau bule terjemahkan semula karier novilist ayunis dalam drama for sure people vote for best malaysian drama

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold