Shasha Saidin Cerai Talak Satu

Hari ini dalam laporan mstar online, bekas anggota penyanyi Elite Shasha Saidin sah bercerai talak satu dengan Salyo 37 tahun di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Selepas kedua dua mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtanggan mereka secara baik.

Shasha dan Salyo menangis

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

kata bekas suami Shasha,

“Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini,”

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

sumber mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Shasha Saidin Cerai Talak Satu”

  1. ProfHariz says:

    Innalillahiwainnailaihirojiun
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #10 – Flash Banner Eyriqazz vs Denaihati

  2. iAwani says:

    aduh, ini perceraian kedua buat Sasha. Moga dia bertemu bahagia kekal satu hari nanti.
    iAwani recently posted..HTC Akan Perkenal Tablet Terbaru

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold